Pageviews past week

Friday, September 23, 2011

Pusat Karaoke di Bandar Tun Hussein Onn



Jemaah yang prihatin
    Gabungan surau di sekitar Bandar Tun Hussein Onn, telah membuat bantahan pada pihak MPKJ pada 6 hb Januari 2010, untuk tidak membenarkan operasi karaoke JUKE BOX di kawasan Carrefour untuk mengelak gejala sosial , serta mengelak sebuah pusat maksiat di buka di kawasan kita. Lokasi tersebut juga berdekatan dengan tapak mesjid Bandar Tun Hussein Onn. Selepas bantahan hanya lesen sementara di berikan dan pusat karaoke tersebut tidak di buka sehingga baru baru ini.
lampiran bantahan asal :
Baru baru ini ahli jemaah surau telah menghantar sms yang menyatakan, sebuah pusat karaoke  dibuka di lokasi yang sama. Setelah siasatan di buat pusat karaoke di buka dengan nama baru “Karaoke Budget 1 Keluarga” seperti gambar di bawah .



Pihak surau bersama NGO dan surau surau berdekatan akan berusaha untuk membantah untuk kali kedua kepada pihak yang berkenaan. Kami memohon sokongan ahli jemaah untuk membantu usaha kami bersesuaian dengan ayat di bawah :
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)


Hj Aminudin Afip
Pengerusi Surau Al Amin