Pageviews past week

Tuesday, January 31, 2012

Kursus Haji bersiri @ SAA


Pihak surau sedang dalam perbincangan untuk mengadakan kursus haji bersiri. InsyaAllah jika tiada rintangan kursus haji 16 siri akan bermula seperti tarikh tersebut :


Tarikh Mula   :     Setiap hari Sabtu bermula 11 Februari 2012
Masa               :      2:30 Petang
Pembimbing :      Ust Ahmad Rosli Mokhtar dari Rayhar Travel Sdn Bhd.

Marilah kita sama sama mengimarahkan surau kita insyaAllah







Jadual kuliah bulan Februari 2012

Assalamualaikum,
      Jadual kuliah bulan Februari 2012

Kemaskini terakhir,2 Februari




Jadual Versi PDF untuk Print      Jadual Kuliah SAA Feb 2012


- Untuk print atau pdf  , ikut cara di bawah, klink print pdf di File Googledocs .


Jadual

Thursday, January 5, 2012

Rebutlah 5 sebelum 5


Jom pi surau...... 

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A., pada suatu hari Rasullullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:  “Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.


Allah s.w.t. telah berfirman mengingatkan hamba-Nya dengan firman-Nya, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus.” Surah at-Tin (95: 4-6)