Pageviews past week

Sunday, January 15, 2017

Hak Islam memiliki Negara - Ust Abd Muizz



*CETUSAN USTAZ ABDUL MUIZ*
*Segmen 1*

ASSALAMU'ALAIKUM..

Maaf agak panjang nota pagi ini, tapi saya rasa ada amanat penting utk kita sama2 renungi terutama di hujung2 nota. Semoga bermanafaat pada yg membacanya. In syaa Allah, saya pecahkan kpd tiga segmen.

Ustaz Abdul Muiz
Kuliah Subuh Ahad di Al Amin
KUPASAN BUKU : "Addin Assiasah"
Tulisan sheikh yusuf Al Qardawi

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya".... (Al-Nahl 16:36)

Dari Abdullah bin Amr ra bahwa Nabi saw bersabda, “Ballighu 'anni walau ayyah": Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (Bukhari)

*Bab ke 3 .. Antara hak Islam,  mestilah mempunyai Negara*

PEGANGAN SEKULAR
●Apa yg di pegang oleh golongan sekular? Islam tidak sepatutnya atau perlu ada negara yg di tegakkan benderanya, dilaksanakan syariat sehingga boleh di sampaikan segala risalahnya seluruh dunia negara yg membela umat islam. Islam adalah hanya risalah rohani dan apa yg menghubungkan antara org islam adalah hanya berkaitan hati..tiada kaiatan dlm solusi jenayah, ekonomi. Islam ini tidak layak menjadi penyeelsaian dlm kehidupan. Inilah fikrah sekular.

SEKULAR ERA BARU
Era zaman sekarang, sekular yang baru yg tidak menolak jenama islam spt duli. Dulu sekular memenag menolak islam, menjadikan  mereka ini jahat sehingga islam kembali di kasihani masyarakat. Sehinggalah jatuhnya Soviet, sekular yg asalanya tetap menolak islam tapi kini mereka beralasan sedikit lunak dgn slogan
" syariat islam tidak penting tapi keadilan dlm  islam itu penting". Asasnya, jangan laksanakan islam sebagi cara hidup...itu perjuangan sekular moden.

ISLAM DAN PERJUANGAN
Dalam islam, agama dan syariat, muamalat, manusia dan Allah, agama dan politik, dakwah dan kenegeraan tetap kekal sbg satu aqidah.

Bila berpolitik dlm islam, klimaksnya adalah negara islam. Tapi, sekular mengatakan dlm al quran tiada perkataan "negara islam". Kalau macam tu,  macam2 perkataan lain pun tiada dlm al quran. Al quran sebenarnya meyuruh umat islam menguasai negara..

"Golongan yg menguasai atas muka bumi adalah mereka yang membayar zakat dan mendirikan solat, urusan mereka di kembali ke Allah.."
 
PAKATAN BARAT
Barat mewujudkan negara2 islam. Utk mewujudkan persepsi negatif pada islam. Pelik.. tak tahu dr mana tiba2 ada negara islam. Sedangkan sebuah negara islam bukan boleh di bentuk semudah itu dan ada ciri2 negara islam. Kini Contohnya ada ISIS... Yg di belakangnya adalah CiA.

Negara ini juga di bentuk utk menarik perhatian anak2 muda islan yg bersemangat berjuang utk islam.

Kisah di indonesia. Kisah Ali martopo. Di hantar belajar islam dan balik utk menegakkan islam dan mempengaruhi anak2 muda yg bersemangat berjuang tapi jahil. Kena serbu oleh polisi negara dan anak2 muda di tangkap tapi tidak ketua yakni Ali.

Boleh ikuti ceritq ini dalam Artikel : #Artawijaya/salam-online.com

Banyak lagi pakatan2 barat dlm menjatuhkan islam sepeti Isu2 penguasaan minyak oleh negara barat dgn menggunakan ISIS.

SEJARAH 
Sepanjang sejarah, fikrah  pemisahan agama dan negara tidak berlaku sehingga kejatuhan kerajaan islam othamniah. 

Di malaysia, 903 M islam mula masuk ke kedah. Di kelantan, ada dinar emas kelantan. Islam masuk ke Tanah Melayu  seawal melalui pedangang dr Yaman dan pendakwah dr india. Kisah Batu Bersurat bertanda  tahun 1303 M yang di temui di  ganu. ketika itu juga, 1303M, bila di singkap sejarah sebenarnya, Baghdad di serang Tatar Mohghul. Jatuh Baghdad ketika itu, jatuhlah kerajaan Abasiyyah. 

Kelemahan umat islam ketika itu adalah ramai yang terpelajar hingga ke peringkat universiti  tapi tiada kesedaran islam , tiada jati islam. 

Ahli sejarah mendakwa setiap lorong di Baghdad pada waktu itu, sentiasa ada majlis zikir, sedangkan waktu itu umat islam perlu pertahankan Baghdad dr ancaman serangan Tatar Moghul. Perbincangan dan tulisan pd waktu itu membincangkan lebih tearah kpd perkara yg tidak bermanafaat pd kebangkitan islam. Akhirnya, bila Tatar meyerang dan membuang dan membakar buku Ilmu dan Agama  di sungai dijlah. Hikmatnya buku itu dibuang Allah adalah  utk tidak memeningkan umat islam di zaman akhir ini. 

*Nota Segmen 1 tamat di sini dulu*

Semoga ada manafaatnya.

Utk segmen ke 2..sama2 kita tunggu.. PERANAN DAEI KINI, PEJUANG ISLAM DI AKHIR ZAMAN & RISALAH ISLAM.

Jumpa esok di segmen ke 2.

PENCATAT
*NCS*

Tuesday, January 3, 2017

Komunikasi cara Al Quran - Ust Shamsul Hakim

Komunikasi menggunakan mulut adalah 75% dari cara komunikasi manusia, bagaimana nak pastikan ia menjadi pahala buat kita?