Pageviews past week

Monday, October 25, 2010

JEMPUTAN PENYERTAAN QURBAN 1431H/2010M

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini". (Riwayat Ibnu Majah)

JEMPUTAN PENYERTAAN QURBAN 1431H/2010M
SURAU AL AMIN , BANDAR TUN HUSSEIN ONN

1 bahagian: RM365
1 ekor: RM2,555
Tarikh tutup: 10 November 2010

Penganjuran: Ibadah qurban akan dijalankan pada hari raya pertama. Pihak Surau Al Amin memperuntukkan [9] ekor lembu pada tahun ini untuk diqurbankan - [3] ekor lembu akan diqurbankan di Surau Al Amin, [6] ekor lembu akan diserahkan untuk ibadah qurban di bawah kelolaan ustaz / guru agama di luar Kuala Lumpur.

Sila dapatkan borang & maklumat lanjut di papan kenyataan Surau Al Amin atau berhubung terus dengan AJK Surau Al Amin. Terima kasih.

Wednesday, October 13, 2010

Status Iktikaf di Surau Al Amin

3 Zulqaedah 1431 / 11 Oktober 2010

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Ahli Qariah,
Surau Al Amin, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Tuan / Puan,

PENGESAHAN STATUS HUKUM I’TIKAF DAN SOLAT TAHIYYATUL MASJID

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Surau Al Amin telah menerima surat jawapan daripada Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor berkenaan perkara di atas.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa status hukum I’tikaf & Solat Tahiyyatul Masjid di Surau Al Amin, Bandar Tun Hussein Onn adalah HARUS, bersandarkan kepada nas-nas yang telah disepakati para ulama’.

Surat jawapan daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor boleh dirujuk di papan kenyataan Surau Al Amin.

Semoga penjelasan ini menambahkan kefahaman dan meningkatkan kualiti ibadah kita dalam usaha mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.


Jawatankuasa Pengurusan,
Surau Al-Amin, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.