Bila kami selidik, rupa rupanya beliau baru buka kedai berdekatan surau (di belakang kedai kereta terpakai di hadapan surau) . Beliau juga sudah beberapa kali di lihat berjemaah waktu zohor di Surau Al Amin. Kedai beliau ini lebih kepada pembaikan "seat" kereta dari jenis fabric atau kulit . Teringat ada satu kerusi yang sudah lama koyak dan saya cuba cuba bertanya kalau beliau boleh baiki. Beliau memberi saya beberapa pilihan sama ada untuk tukar fabric PU atau kain. Beliau juga kata kalau saya ingin cuba kulit dari lebihan pembaikan kereta lain.Saya menyatakan persetujuan , " Boleh cuba kot , tapi kalau boleh jangan mahal sangat" . "Boleh tak mahal, ni pun lebihan kulit baiki kereta customer dari MPV Naza Ria, tak guna, saya boleh beri special price", jawab beliau. "Ok, kalau boleh yang perlu bahagian depan je kulit, belakang letak PU, taknak susahkan you", tambah saya lagi.
"Ok petang lepas Asar boleh ambil" katanya.
Saya tanya beliau tentang perniagaan beliau, beliau menjawab." Business tak banyak sangat, tak ada lori, cuma guna motosikal". "Customer pun dari kedai kereta terpakai, mereka ni repair sebahagian sahaja, buat kerja sikit sikit, tapi mereka ni tekan harga, kena jual murah ".Kata beliau.
" InsyaAllah kalau usaha, dan perniagaan di ketahui orang Islam yang prihatin, mereka akan bantu. Perniagaan ini selalunya kepakaran dari bangsa Cina, dan jika orang Islam yang meniaga, insyaAllah sesama Islam akan bantu" , saya cuba meyakinkan beliau
" Ok, tapi Ustaz tolong bantu-lah"... malu saya di panggil Ustaz. " saya bukan Ustaz la, saya Engineer je , takpe saya cuba, tapi kena ambik gambar sikit" .. jawab saya
"Ok la, saya balik dulu, dah siap telefon". Tambah saya
Pembantu beliau, katanya pakar menjahit fabric kereta
semasa pemasangan
Siap, Cantik, Harga berpatutan
Selepas Asar, saya datang untuk ambil, sempat tengok pemasangan akhir. Selepas membayar harga yang di janjikan, saya berjanji pada beliau, untuk cuba mewar warkan perniagaan beliau, untuk membantu ekonomi sesama jemaah.
Gambar kedai dari hadapan
Kalau ada sahabat sahabat jemaah yang perlukan khidmat beliau, di bawah adalah kad perniaagaan beliau.
“Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara” (Surah al-Hujurat ayat 10)