ustaz yusuf embong
Berjaya di dunia dan Berjaya di akhirat
"Berjayalah mereka yang khusyuk di dalam solat dan menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia sia " (AlQuran)
- azan adalah an nida' (seruan).
"pemberitahuan drp Allah dan Rasul kpd sekalian manusia" (attaubah ayat 3)
-hukum azan adalah sunat mu'akadah al kifayah bagi sesuatu kumpulan.
-azan adalah syariat di dalam islam , andai ada yang menghina azan maka rosak /batal aqidah.
penggunaan erti kejayaan ada tiga istilah dalam al quran :
alfalah, al fawz, an nasr
daripada tiga yang di atas, alfalah dipilih utk di jadikan syiar dalam azan.
Hakikat hidup insan utk muslim mukmin, seluruh isi hidup adalah di arahkan utk mencapai kejayaan. Kejayaan itu adalah kejayaan dunia dan akhirat.
kenapa Al Falah di pilih utk syiar dalam azan ? sila amati pengertian ringkasnya :
"Al falah " - kemenangan adalah meliputi individu, masyarakat, dunia dan akhirat.(al falah). manakala," al fawz"- kemenangan di akhirat dan an nasr -menang dlm jihad kerana membela agama Allah atas musuh Nya di di dunia.
penghulu segala doa : ayat 201 al baqarah.
"wahai Tuhan kami , berilah kami di dunia ini kebaikan dan di akhirat juga kebaikan, dan peliharalah kami dari azab neraka"
kebaikan kita di dunia akan di kira utk kebaikan kita di akhirat.
selawat paling baik adalah selawat ibrahimiah.
Bilamana berbuat tahlil, ayat 1-5 surah al baqarah akan di baca , kerana ada d hujung ayat ke 5 ada perkataan "muflihun" - yang bermaksud berjaya.
iman - asas syarat utama utk d terima segala amalan.
iman : membenarkan yakin sungguh2 setiap apa yg d bawa Rasulullah saw.
moga ada manafaat.
sebarang kesalahan dalam mencatat kuliah adalah kesalahan pencatat dan mohon d perbetulkan utk manafaat bersama.
wassalam.