Assalamualaikum...
Sharing is caring.
Bahagian 1
*NOTA Forum*
"Mencari Keberkatan Dlm Hidup"
Panel: ustaz Yusuf Embong
Ustaz dr azhar yaakob
Moderator: Ustaz Wan Jemizan.
Dari ilmu yg bakal kita perolehi nanti, sama2 lah kita amalkan dan semoga kita terpilih utk kekal di jalannya.
*Erti Barakah@berkat*
PANEL: Ustaz Yusuf Embong
AnNisa ayat 86
"
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat
(seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang
lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama).
Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu"
Didalam ucapan salam - assalamu'alaikum warah matullahiwa
barakatuh - ada terselit perkataan barakah. Dan barakah di sebut
berkali2 dlm hidup kita. Dlm doa kita, dlm solat, apatah lagi dlm doa
qunut...
Dalam ungkapan doa Qunut di bait yang ke 4 : Wabaariklii fiimaa a'thait...
" Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan"
Sesungguhnya dlm setiap apa yg kita buat dan berkehendakan
atau lakukan, kita sentiasa hendak kan ianya di berkati olehNya kerana
natijah dari keberkatan Allah inilah, jiwa kita tenang dan hidup tenang
aman damai.
Dari surah Al 'araf ayat 96:
"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman
serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu
pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.
Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan
azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.."
Kita juga berharap utk mendapat barakah dari Allah dgn
merapatkan diri dgn mereka2 yg berilmu dan beramal dgnya kearah. Di
ketika inilah kita menumpang keberkatan.
Erti Berkat : barakah.. perkembangan, pertambahan atau
lebih. Juga gembira, bahagia, berterusan dan tetap, makmur, nasib baik,
untung dan kebaikan yg berlimpah.
Imam an-Nawawi Rahimahullah berkata bahawa asal makna 'barakah' atau berkat itu ialah kebaikan yang banyak dan tetap.
Barakah..apa yg baik utk kita yg di beri kan Allah...kalau
dpt barakah, alhamdulillah syukur. Hal ini dtg dr Allah yg menetapkan
setiap sesuatu
*Bagaimana yg menyebab hilangnya barakah*
PANEL:Ustaz azhar Yaakob
Punca utama kehilangan barakah dlm hidup kita adalah bila
tak pandai bersyukur dgn apa yg di perolehi dlm hidup kita... waima atas
perkara baik ataupun buruk.
Surah Ibrahim ayat 7:
"Barangiapa mensyukuri nikmatKu, maka akan Ku tambahkan nikmat baginya.
Dan barangsiapa kufur terhadap nikmatKu, sesungguhnya azabKu amat
pedih.”
.. Bila bersyukur pasti akan ditambah nikmat, dan bukan ada
lagi "in syaa Allah" kerana yg menyatakan demikian adalah Allah. Ini
janji Allah..dan Allah tidak akan mungkir janji.
Sesungguhnya dari "syukur" inilah terhasilnya barakah.
Sesuatu yg menjadi fitrah manusia..Sesungguhnya mudah utk
bersyukur jika di uji dgn ujian kesenangan. Tapi dlm memenangi sesuatu
musibah, ucapan atau rasa syukur..alhamdulillah..amatlah sukar.
Sedangkan pada hakikat sebenarmya, semuanya dtg dr Allah..waima perkara yg menimpa kita itu baik atau tidak.
Sebemarnya ianya cukup mudah utk kita mendapat barakah jika :
1. Memperakaui segala yg dtg dr kita adalah dari Allah, pada setiap kali menerima kebaikan atau kemudharatan.
2. Pantas mencari hikmah sebalik musibah dan kemudharatan.
3. Redha dgn ketentuan Allah
4. Muhasabah diri sendiri
5. Berusaha Memperbaiki diri
5. Letakakan dalam dlm jiwa : Cukuplah Allah utk kita bertawakal kpdNya.
Allah akan berikan barakah kpd sesiapa yg di kehendakinya ini adalah hak mutlakNya.
Contoh 1
Cerita kecil...
"Makcik A & B. Tinggal berjiran. Dan membuat dan menjual kueh dan
sentiasa naik bas bersama2 menuju ke pasar utk menjual kuehmueh buatan
mereka. Makcik A & B dr segi kepatuhannya kpd Allah, tidak ikut
syarie yakni tidal solat, tidak menutup aurat, tidak taat suami.
Ada seoranv lagi , makcik C . Mak cil C ini patuh pada perintah Allah. Ikut hukum Allah - solat, tutup aurat, taat suami.
Pada Suatu hari mereka bertiga bersama berjalan menyusuri
jalan membawa menjinjing bahan2 jualan masing menuju ke perhentian bas
utk ke pasar. Dalam perjalanan, tiba2 makcik C terpijak ular sawa dan
terkejut dan melompat sehinggakan berselerak kueh mueh bertaburan di
atas jalan raya. Dengan sedihnya, makcik C mengutip kuehnya. Manakala,
Makcik A dan B terpaksa berlalu pergi meninggalkan Makcik C bila bas
sudah tiba kerana meraka kena teruskan urusniaga mereka.
Selesai mengutip sisa kueh yg bertaburan, Makcik c
terpaksa balik kerana semua kuehnya sydah rosak. Setibannya makcik C di
rumah, jiwanya mula komplen pada Allah .."kenapa aku yg menerima
musibah ini sdgkan aku sentiasa ikut syariah dan taat pada Allah sedang
si A dan Si B ..sollat pun tidak". Ketika inilah Makcik C ini sedang
mencederakan takdirnya kpd Allah.
Kepenatan dgn perkara yg menimpanya pagi tadi, makcik C
berehat sambil2 mendengar radio siaran rtm. Tiba2 terdengar berita
tengahari dr corong radio tentang kejadian kemalangan sebuah bas dan ada
kematian. Bas yg terlibat inilah yang telah di naiki oleh kawanya
-makcik A dan B. Dan kedua2nya meninggal. Lalu terkeluatlah dari mulut
makcik C..yang pertamany.." innalillah..." dan
lemudiannya.."allhamdulillah.."
Agaknya kenapa "alhamdulillah"?
Renung2kan..cari dan gali apa yang terselindung dari kisah makcik A, B dan C ini.
Ingatlah..bila Allah redha pd kita, maka kita akan ke syurgnya. Dan kita ke syurgaNya hanya dgn redha Allah...
Maka sentiasalah jadi "abdan syakura"..hamba yang syukur.
Org tua juga sentiasa berpesan kita dlm menempuh hidup sentiasa bawa dua
sifat " bersabar dan bersyukur..."
Contoh 2
Kisah ustaz sendiri..(ustaz adalah suami kpd ustazah Norhafizah musa)
Anaknya ke 3. menduduki upsr tiga tahun lepas dan menjadi
pelajar harapan sekolah utk dpt 5A. Tetapi di Hari keputusan, dia hanya
dpt 3A. Si anaknya balik mengunci dlm biliknya..menyembam muka muka ke
bamtal kerana kecewa seharian. Dan hanya malam baru keluar dgn matanya
bengkak menangisi kekecewaan kerana tanpa 5A dia tidak boleh mengikut
jejak langkah kakknya yg masuk sebuah sekolah tahfiz sains yg hebat.
Ketika itu ustaz sendiri tidak tahu apakah hikmahnya..tapi oleh kerana
tak dpt masuk sekolah tahfiz sains yg terkenal itu, anak ustaz setuju
urk di hantar ke tahfiz alquran secara full time. Dan..hari ini,
Selapas tiga tahun anak ustaz dtg kpdnya dan memaklumkan yg dia telah
berjaya menghafal 30 juzuk .. sesungguhnya Allah telah memposisikan dia
lebih baik itulah hikmahnya selepas tiga tahun. Bayangkan kalau rasa
kecewa itu di bawa tanpa syukur dan redha.
Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi kita..Redha lah dgn takdir Allah. Setiap sesuatu kejadian itu bukan sia sia.
Bahagian 1 tamat di sini.
In syaa Allah..bertemu esok.
" bagaimana hendak memulakan dan meraih barakah Allah"
Semoga ada manafaatnya.
Wassalam dari saya selaku pencatatmya.
*NCS*
Assalamu'alaikum..
Sharing is caring
*Bahagian 2*
*NOTA forum*
"Mencari Keberkatan Dalam Hidup"
PANEL: ustaz YE
Ustaz DrAY
Moderator : Ustaz Wan Jemizan
*Bagaimana nak mula utk meraih keberkatan*
Ustaz Yusuf Embong
Sudah pasti lah ianya bermula dgn diri kita sendiri dan ahli keluarga kita.
Surah AlTahrim ayat 6:
"Hai orang2 yg beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu
dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya
malaikat2 yg kasar, yg keras, yg tidak mendurhakai Allah terhadap apa
ang diperintahkanNya kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan..."
Kita juga sering berdoa dgn doa utk ahli2 keluarga kita..dan menyebut nya utk mereka..
RABBANA HAB LANA MIN AZWAJINA WA DZURRIYYATINA QURROTA A’YUN WAJ’ALNA LIL-MUTTAQINA IMAMA
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri2 kami dan
keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam
bagi orang-orang yang bertakwa.” dari surqh al-Furqan: 74.
Ketika berselawat juga kita menyebut keluarga muhammad dan ibrahim.
Jadi utk memulakan pencarian barakah, kita hendaklah bermula dgn diri kita dan ahli keluarga kita.
Kisah lukman nurhakim, bila menasihati anaknya di ayat ke 12.
"Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman,
yaitu, "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur pd
Allah, maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang
siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Mahakaya lagi Maha
Terpuji.”
Setiap kali kita bersyukur, setiap kali itu juga ianya akan menambah barakah Allah utk kita.
Jadi pastikan keberkatan kita dpt itu bermula dgn utk diri kita dahulu
Soal apa yg di makan juga menjadi punca pada keberkatan.
Inilah yg kurang di pedulikan oleh kita umat akhir zaman. Sedangkan hal
ini ada kesan pada penerimaan Allah kpd doa dan amalan2 kita. Dalam
doa makan pun ada di sebut tentang berkat, jadi pastikan apa yg kita
makan, ahli keluarga kita makan dgn makanan yg berkat.
"Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa
ban-naar"..Yaa Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami,
dan peliharalah kami dari siksa api neraka
Mulakan lah pada diri sendiri utk mendapat barakah.
Dlm mendidik anak2, biarlah mereka diikat dgn keEsaan, Kehebatan dan Kemulian Allah..
Pesan lukman: wahai anakku jgn syirik pada Allah, wahai anakku apa saja kebaikan, Allah akan beri pahala.
Nasihat nabi pd sahabat.. ihfazillah yahfazuka.. pelihara
jaga Allah( jgn syirik dan jaga perhubungan dgnnya), Allah pasti bantu
kamu.
Surah Taaha ayat 132
"Perintahlah keluarga mu solat hendaklah tekun bersabar menunaikanya.
Kami tidak meminta rezeki kpdmu..kamilah yg beri rezeki kpdmu..ingatlah
kesudahan yg baik adalah bagi org2 yg betaqwa..."
Sama2 kita usahakan utk membawa diri kita dan keluarga ke arah barakah Allah.
Nota utk bahagian 2 tamat di sini.
Semoga ada pemangkin utk kita memulakan sesuatu yg baik
demi utk meraih berkat dari Allah dari secebis kehidupan dunia yg penuh
fatamorgana ini.
Jumpa di bahagian 3 ...
*Bagaimana nak dapatkan sebuah negara yg ada barakah padanya*
In shaa Allah..
Salam ceria..salam buat muslim mukmin..
Wassalam
*ncs*
SHARING IS CARING
BAHAGIAN 3 ( TERAKHIR)
ASSALAMU'ALAIKUM..
Tiba saat bahagian akhir Nota Forum utk di kongsikan.
Semoga hadirlah sinar keberkatan dlm setiap hari kita memulakan
kehidupan. Sifir mudah adalah mulakan dgn spt yg di sarankan & bila
berilmu beramallah..
● *NOTA FORUM*
"MENCARI KEBERKATAN DLM HIDUP"
Panel : Ustaz Yusuf Embong
Ustaz Dr Azhar Yaakob
Moderator : Ust Wan Jemizan
*Bagaimana nak dapatkan sebuah negara yg ada barakah padanya*
Bila sebut negara, ianya melibatkan kepimpinan. Keberkatan
bermula dari top dan bergerak ke down.. dari pemimpin ke rakyat. Sudah
pastilah ianya ..adalah dengan cara kepimpinan memerintah mengikut
syariat islam.
Kenapa ghairah dgn hukum lain sedangkan hukum Allah lah yg
terbaik..sesungguhnya, tiada kebenaran kpd nasionalis atau ideologi
lain.
Jgn ambil ideoligi2 yg lain.. nanti akan berpecah. Barakah adalah natijah dlm sesuatu kepimpinan yg berteraskan islam.
Kepimpinan yg berjiwa islam... jiwa merasa nikmat hidup bertuhan. Dari sinilah akan berlakunya penapisan utk mendapat barakah.
Dlm surah yusuf..di tonjolkan nabi yusuf sbg pemimpin.
Ketika di goda zulaikha, sampai zulaiha masuk bilik. Sehingga melakukan
perbuatan mengoda. Nabi yusuf membalas dgn berkata Allah sebaik
penyerahan. Inilah nikmat hidup bertuhan..sentiasa ada dlm hati
perkataan2 spt "Allah sentiasa memantau aku", :malaikat rakib atib
mencatat", "Allah lebih hampir dgn aku dari urat leherku sendiri" ...
Semangat2 inilah yg ada pada nabi Yusuf. Maka, jadilah nabi yusuf
seorang yg transparent, penuh integriti kerana tahu bukan manusia yg
hendak di selindungkan segala salah laku tapi Allah...Inilah yg perlu
ada pemimpin dan org yg bijak pandai.
Sedangkan hari ini..ramai mereka yg terlibat dgn hal
integriti adalah mereka yg cerdik pandai. Jadi hal jiwa bertuhankan
Allah selaku soal pokok tiada dlm diri mereka .. sepatutnya..pemimpin
kena perkukuhkan "hidup ada Allah" dan aqidahnya. Kena Kembali kpd
agama.
Kesimpulan. Dari *Dr azhar yaakob*
Jgn buat hidup ini tiada masa dgn Allah kerana suatu hari nanti Allah juga akan buatkan keadaan Dia juga tiada masa utk kita.
Dunia sekarang penuh kegilaan keduniaan..sehingga lupa solat berjemaah, lupa memikirkan malapetaka menimpah umah..
sehingga wujudlah kita yg hanya mementingkan diri sendiri.
Membentuk masyarakat .. kenalah kita ada sikap amal makruf
nahi mungkar. Kerana jika tiada inilah akan menyebabkan kehilangan
barakah.
Bila semuanya...tidak selesai.. rumah tangga tunggag
langgang masyarakat tunggang langgang negara tunggang langgang..maka
tunggulah hilangnya keberkatan ini.
♡ Alhamdulillah..tamalah 3 bahagian Nota Forum ini.
In syaa Allah..mana2 yg baik tu jadikanlah tauladan dan mana2 yg tidak menepati alquran dan alhadis itu jadikanlah sempadan.
Semoga bermula dari bukanya mata kita sehingga lelap lena di malam hari.. hanya keberkatan Allah yg di dambakan.
Semoga bermanafaat.. maaf salah dan silap.
Wassalam
*Ncs*