Maaf
agak panjang nota pagi ini, tapi saya rasa ada amanat penting utk kita
sama2 renungi terutama di hujung2 nota. Semoga bermanafaat pada yg
membacanya. In syaa Allah, saya pecahkan kpd tiga segmen.
Ustaz Abdul Muiz
Kuliah Subuh Ahad di Al Amin
KUPASAN BUKU : "Addin Assiasah"
Tulisan sheikh yusuf Al Qardawi
"Dan
sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang
Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu
menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang
menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah
dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu
di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang
mendustakan Rasul-rasulnya".... (Al-Nahl 16:36)
Dari
Abdullah bin Amr ra bahwa Nabi saw bersabda, “Ballighu 'anni walau
ayyah": Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (Bukhari)
*Bab ke 3 .. Antara hak Islam, mestilah mempunyai Negara*
PEGANGAN SEKULAR
●Apa
yg di pegang oleh golongan sekular? Islam tidak sepatutnya atau perlu
ada negara yg di tegakkan benderanya, dilaksanakan syariat sehingga
boleh di sampaikan segala risalahnya seluruh dunia negara yg membela
umat islam. Islam adalah hanya risalah rohani dan apa yg menghubungkan
antara org islam adalah hanya berkaitan hati..tiada kaiatan dlm solusi
jenayah, ekonomi. Islam ini tidak layak menjadi penyeelsaian dlm
kehidupan. Inilah fikrah sekular.
SEKULAR ERA BARU
Era
zaman sekarang, sekular yang baru yg tidak menolak jenama islam spt
duli. Dulu sekular memenag menolak islam, menjadikan mereka ini jahat
sehingga islam kembali di kasihani masyarakat. Sehinggalah jatuhnya
Soviet, sekular yg asalanya tetap menolak islam tapi kini mereka
beralasan sedikit lunak dgn slogan
" syariat islam
tidak penting tapi keadilan dlm islam itu penting". Asasnya, jangan
laksanakan islam sebagi cara hidup...itu perjuangan sekular moden.
ISLAM DAN PERJUANGAN
Dalam
islam, agama dan syariat, muamalat, manusia dan Allah, agama dan
politik, dakwah dan kenegeraan tetap kekal sbg satu aqidah.
Bila
berpolitik dlm islam, klimaksnya adalah negara islam. Tapi, sekular
mengatakan dlm al quran tiada perkataan "negara islam". Kalau macam tu,
macam2 perkataan lain pun tiada dlm al quran. Al quran sebenarnya
meyuruh umat islam menguasai negara..
"Golongan
yg menguasai atas muka bumi adalah mereka yang membayar zakat dan
mendirikan solat, urusan mereka di kembali ke Allah.."
PAKATAN BARAT
Barat
mewujudkan negara2 islam. Utk mewujudkan persepsi negatif pada islam.
Pelik.. tak tahu dr mana tiba2 ada negara islam. Sedangkan sebuah negara
islam bukan boleh di bentuk semudah itu dan ada ciri2 negara islam.
Kini Contohnya ada ISIS... Yg di belakangnya adalah CiA.
Negara ini juga di bentuk utk menarik perhatian anak2 muda islan yg bersemangat berjuang utk islam.
Kisah
di indonesia. Kisah Ali martopo. Di hantar belajar islam dan balik utk
menegakkan islam dan mempengaruhi anak2 muda yg bersemangat berjuang
tapi jahil. Kena serbu oleh polisi negara dan anak2 muda di tangkap tapi
tidak ketua yakni Ali.
Boleh ikuti ceritq ini dalam Artikel : #Artawijaya/salam-online.com
Banyak lagi pakatan2 barat dlm menjatuhkan islam sepeti Isu2 penguasaan minyak oleh negara barat dgn menggunakan ISIS.
SEJARAH
Sepanjang sejarah, fikrah pemisahan agama dan negara tidak berlaku sehingga kejatuhan kerajaan islam othamniah.
Di
malaysia, 903 M islam mula masuk ke kedah. Di kelantan, ada dinar emas
kelantan. Islam masuk ke Tanah Melayu seawal melalui pedangang dr Yaman
dan pendakwah dr india. Kisah Batu Bersurat bertanda tahun 1303 M yang
di temui di ganu. ketika itu juga, 1303M, bila di singkap sejarah
sebenarnya, Baghdad di serang Tatar Mohghul. Jatuh Baghdad ketika itu,
jatuhlah kerajaan Abasiyyah.
Kelemahan
umat islam ketika itu adalah ramai yang terpelajar hingga ke peringkat
universiti tapi tiada kesedaran islam , tiada jati islam.
Ahli
sejarah mendakwa setiap lorong di Baghdad pada waktu itu, sentiasa ada
majlis zikir, sedangkan waktu itu umat islam perlu pertahankan Baghdad
dr ancaman serangan Tatar Moghul. Perbincangan dan tulisan pd waktu itu
membincangkan lebih tearah kpd perkara yg tidak bermanafaat pd
kebangkitan islam. Akhirnya, bila Tatar meyerang dan membuang dan
membakar buku Ilmu dan Agama di sungai dijlah. Hikmatnya buku itu
dibuang Allah adalah utk tidak memeningkan umat islam di zaman akhir
ini.
*Nota Segmen 1 tamat di sini dulu*
Semoga ada manafaatnya.
Utk segmen ke 2..sama2 kita tunggu.. PERANAN DAEI KINI, PEJUANG ISLAM DI AKHIR ZAMAN & RISALAH ISLAM.