Pageviews past week

Friday, January 3, 2020

Hilang Sebuah Permata lagi.. Allahyarham Ustaz Mohd Adlan Abdul Aziz

Semalam 2 January 2020 kami di kejutkan dengan berita yang mengatakan guru hadis kami Ust Adlan telah meninggalkan kami buat selamanya. Semoga di kurniakan kedudukan yang terbaik disisiNYA insyaAllah.



Berikut adalah tulisan saudara Nazarudin Che Salleh, jemaah tetap surau Al Amin :


Hilang Sebuah Permata lagi.. Allahyarham Ustaz Mohd Adlan Abdul Aziz - Ibrah untuk kita semua....

Assalamu’alaikum..

Sebuah kematian. Satu tokoh hadis yang sentiasa tegas dengan penyampaian nya. Di pertontonkan Allah satu kisah suasana selepas sebuah kematian; yg hadir memenuhi ruang masjid Kajang tengahari semalam bukan calang calang: alim ulama’, para assatizah lulusan Jordan, kelibat sahibus samahah Mufti WP juga kelihatan, Dr Zahzan pula solat zohor pula satu saf dengan saya. Ruang parking memenuhi segenap ruang lapangan luar masjid. Berderet kereta memakir di atas rumput bahu jalan di sekeliling masjid. Itulah yang Allah pertontonkan sebagai satu contoh.

Betapa bahagianya jenazah Ustaz Mohd Adlan Abdul Aziz [yang disahkan pergi meninggalkan dunia jam 4 pagi semalam selepas tiga saluran jantungnya di “post mortem” kan dah tersumbat 90% setiap satu] kerana ketika disolatkan oleh 40 orang atau lebih, di mana mereka ini semua pastinya tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapaun, malah mengikhlaskan doa kepadanya. Semoga Allah memberi syafaat kepada mayat ustaz Mohd Adlan  dengan berkat Jemaah.

Selamat tinggal dunia, selamat datang barzakh,
buat mu wahai Ustaz yang sekian lama telah menjadi murabbi hadis kami jemaah surau Al Amin BTHO. Dan saya secara peribadi mula megenali beliau sejak 2010 dan ada banyak kali sempat berbincang dengan beliau terutama selepas kuliah subuh. Pernah sekali ianya menjangkau ke jam 8 pagi. Sempat hadiri daurah hadis nya sebanyak dua kali. Kini, kekosongan di tinggalkan beliau di surau Al Amin btho adalah bertallaqi dgn kitab
“Syamail Muhammadiyah”.
Dan dia memang tekenal sebagai ustaz yang tidak pernah jemu untuk belajar kerana terusan bertallaqi dengan sheikh2 hebat dari Timur Tengah, terutama dalam ilmu hadis. Dan kemudianya berkongsi dengan kami disini. Satu kehilangan...

Macamana dengan kita yang masih hidup?

Untuk kita yg masih hidup,
Siapa antara kita yg peduli dengan cara dan sambutan selepas kematian kita pada waktu sekarang? Ramai yg tidak kisah TAPI ingatlah wahai NCS dan sahabat sahabat nya, jgn sampai kita merayu pula dengan Allah nanti utk kembali ke dunia ini nanti..

Assajadah : ayat 12

وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

“ Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (keadaan malu dan hina, sambil merayu) "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

Ambillah sedikit ibarah wahai NCS dan teman teman dari sebuah kisah kematian hebat ini. Tanam kan cita cita untuk mati sebaik baiknya, biar roh kita “gembira” ketika melihat para hadirin yang datang menziarahi kematian kita. Mudah2an “kegembiraan”
itu menjadi tanda pada sebuah kematian yang mana syurga adalah milik kita.

Teringat pula pada pesan
Habib Al Najjar dalam surah yassin selepas dia dilihatkan syurga selepas di bunuh..

Yassin:26

قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ ۖ قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ

“ (Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui”

Jadilah kita “orang yang mengetahui” ... aaamin.

Dan syarat paling penting bagi mendapat husnul khatimah ialah mati dalam keadaan menganut agama Islam. Berdoalah untuk ini.

Salam takziah pada ahli keluarga Ustaz Mohd Adlan.
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Al fatihah untuk beliau...

Akhirul kalam..

Untuk kita, teruskan berdoa:

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة

“Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah”

..“cemburuilah” kematian para ‘alim dan ulamak.

Sahabat dikasihi Allah sekalian, untuk memastikan amalan kebaikan yang dilakukan berkekalan sehingga ke penghujung hayat, jagalah niat agar sentiasa bersih daripada sebarang penyakit hati.

Dlm kitab Ihya’ Ulummiddin, Imam Ghazali menukilkan:

“ Siapa yang belajar dan kemudiannya beramal, mengajarkan atau mengajak orang kepadanya, dia akan digelar sebagai orang yang agung di langit.”

Tak nak kah kita?

Semoga bermanafaat..
WaAllahu a’lam.

Wassalam.

Nukilan: NCS


Kuliah Bersama Beliau

Sepanjang beliau mengajar kitab Hadis di surau kami:

1. khatam Jilid 1 Hadis Tirmidhi bersama beliau - tiada rakaman
2. Sebahagian Jilid 4 Hadis Tirmidhi 
3. Syamail Muhamadiyyah sehingga hadis # 263