Pageviews past week

Tuesday, January 31, 2012

Kursus Haji bersiri @ SAA


Pihak surau sedang dalam perbincangan untuk mengadakan kursus haji bersiri. InsyaAllah jika tiada rintangan kursus haji 16 siri akan bermula seperti tarikh tersebut :


Tarikh Mula   :     Setiap hari Sabtu bermula 11 Februari 2012
Masa               :      2:30 Petang
Pembimbing :      Ust Ahmad Rosli Mokhtar dari Rayhar Travel Sdn Bhd.

Marilah kita sama sama mengimarahkan surau kita insyaAllah







Jadual kuliah bulan Februari 2012

Assalamualaikum,
      Jadual kuliah bulan Februari 2012

Kemaskini terakhir,2 Februari




Jadual Versi PDF untuk Print      Jadual Kuliah SAA Feb 2012


- Untuk print atau pdf  , ikut cara di bawah, klink print pdf di File Googledocs .


Jadual

Thursday, January 5, 2012

Rebutlah 5 sebelum 5


Jom pi surau...... 

Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A., pada suatu hari Rasullullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud:  “Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.


Allah s.w.t. telah berfirman mengingatkan hamba-Nya dengan firman-Nya, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus.” Surah at-Tin (95: 4-6)

Saturday, December 10, 2011

Program Untuk Remaja (11-17 Tahun)

Program untuk remaja lelaki dan perempuan anjuran bersama Surau Al Amin dan JAIS. Program untuk 10 hari dari pukul 8.00 pagi - 5.00 petang. Pendaftaran bermula 7.45 pagi 12 hb Disember 2011. Jangan ketinggalan, yuran hanya RM50. Sila hubungi saudara Mohd Ali - 019-2276874 atau Shukri  - 012-2611069 untuk sebarang pertanyaan

Tuesday, November 8, 2011

Jadual kuliah bulan Januari 2012

Assalamualaikum,
      Jadual kuliah bulan Januari2012

Kemaskini terakhir,5 Januari




Jadual Versi PDF untuk Print      Jadual Kuliah SAA Jan 2012


- Untuk print atau pdf  , ikut cara di bawah, klink print pdf di File Googledocs .


Jadual

Friday, September 23, 2011

Pusat Karaoke di Bandar Tun Hussein Onn



Jemaah yang prihatin
    Gabungan surau di sekitar Bandar Tun Hussein Onn, telah membuat bantahan pada pihak MPKJ pada 6 hb Januari 2010, untuk tidak membenarkan operasi karaoke JUKE BOX di kawasan Carrefour untuk mengelak gejala sosial , serta mengelak sebuah pusat maksiat di buka di kawasan kita. Lokasi tersebut juga berdekatan dengan tapak mesjid Bandar Tun Hussein Onn. Selepas bantahan hanya lesen sementara di berikan dan pusat karaoke tersebut tidak di buka sehingga baru baru ini.
lampiran bantahan asal :
Baru baru ini ahli jemaah surau telah menghantar sms yang menyatakan, sebuah pusat karaoke  dibuka di lokasi yang sama. Setelah siasatan di buat pusat karaoke di buka dengan nama baru “Karaoke Budget 1 Keluarga” seperti gambar di bawah .



Pihak surau bersama NGO dan surau surau berdekatan akan berusaha untuk membantah untuk kali kedua kepada pihak yang berkenaan. Kami memohon sokongan ahli jemaah untuk membantu usaha kami bersesuaian dengan ayat di bawah :
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)


Hj Aminudin Afip
Pengerusi Surau Al Amin

Wednesday, August 3, 2011

Huffaz dari Palestin - Kerjasama SAA, Haluan & Jakim

Kemaskini Jumaat 5hb Ogos,
        Pihak surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada jemaah yang menyumbang. Sumbangan malam tadi dari para jemaah berjumlah RM 4786.70, semoga Allah memberi rahmat pada para jemaah yang menyumbang.





Pihak surau akan di kunjungi oleh Huffaz dari Palestin yang akan mengimamkan solat Tarawih kita pada hari ini (3 Ogos) dan esok. Jangan ketinggalan...