Pageviews past week

Saturday, May 5, 2012

Assalamualaikum,
    Sekadar untuk perkongsian  apa yang pelajari pagi tadi (Kuliah Subuh , 5 Mei 2012) ,di Surau Al Amin oleh Ust Yusni Mat Piah,  semoga ada manafaat. Dialog ini di nyatakan dalam Al Quran Surah ke 74 : Al Muddatstsir ayat 30 . 4 Ciri2 yang memasukkan mereka ini ke Neraka .


(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya, (40) Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah, (41) (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar? (42)



Ciri 1 :  Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; (43)

Ciri hubungan dengan Allah
Ulama menyatakan ada dua golongan yang tidak solat
a) orang yang langsung tidak solat
b) Orang yang solat tanpa ilmu (ikut tanpa pelajari)

Petikan dari tafsir Syed Qutb " Keingkaran terhadapnya(solat) menunjukkan kekafiran pelakunya dan menyingkirkan dari barisan kaum muslimin






Ciri 2 : Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; (44)
Ciri hubungan dengan masyarakat
Petikan dari tafsir syed Qutb - Dermawan tetapi membangga2kan pemberian tetapi di tinggalkan di tempat yang benar2 memerlukan









Ciri 3 :  Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; (45)

Petikan Tafsir Ibnu Katsir " Membincangkan hal2 yag tidak kami ketahui, Qatadah menyatakan : " setiap kali ada yang menyimpang, makan kami pun menyimpang sama"











Ciri 4 : Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, (46)
Petikan Syed Qutb: hal ini pangkal malapetaka, pada orang yang tidak percaya hari pembalasan  semua neraca jadi kacau bilau dan semua nilai jadi goyah.  Ukuran kehidupan tersebut hanya pada nilai keduniaan

dan kesudahan ayat penutup ciri tersebut bila ia mati

hingga datang kepada kami perkara yang meyakinkan (kematian) (47)



Semoga ada menafaat, jauhi ciri-ciri  tersebut untuk menjauhkan kita dari api neraka....

Thursday, May 3, 2012

Jadual Bulan Mei 2012


Assalamualaikum,
      Jadual kuliah bulan Mei 2012

Kemaskini terakhir,3 Mei 2012







Jadual Versi PDF untuk Print      Jadual Kuliah SAA Mei 2012


- Untuk print atau pdf  , ikut cara di bawah, klink print pdf di File Googledocs .



Friday, April 20, 2012

Membantu sesama jemaah

     Minggu lepas, surau kita di kunjungi oleh seorang saudara se islam kita yang memerlukan sedikit bantuan kewangan. Nama Jefry Abdullah. Beliau ini sudah lebih kurang lima tahun menjadi saudara Islam dan masih belajar lagi selok belok agama Islam. Beberapa orang jemaah sedia membantu, dengan kami meletakkan syarat supaya rajin rajin ke surau, untuk sama sama berjemaah dan belajar ilmu.

 Bila kami selidik, rupa rupanya beliau baru buka kedai berdekatan surau (di belakang kedai kereta terpakai di hadapan surau)  . Beliau juga sudah beberapa kali di lihat berjemaah waktu zohor di Surau Al Amin. Kedai beliau ini lebih kepada pembaikan "seat" kereta dari jenis fabric atau kulit . Teringat ada satu kerusi yang sudah lama koyak dan saya cuba cuba bertanya kalau beliau boleh baiki. Beliau memberi saya beberapa pilihan sama ada untuk tukar fabric PU atau kain. Beliau juga kata kalau saya ingin cuba kulit dari lebihan pembaikan kereta lain.Saya menyatakan persetujuan , " Boleh cuba kot , tapi kalau boleh jangan mahal sangat" . "Boleh tak mahal, ni pun lebihan  kulit baiki kereta customer dari MPV Naza Ria, tak guna, saya boleh beri special price", jawab beliau. "Ok, kalau boleh yang perlu bahagian depan je kulit, belakang letak PU, taknak susahkan you", tambah saya lagi.

"Ok petang lepas Asar boleh ambil" katanya.

Saya tanya beliau tentang perniagaan beliau, beliau menjawab." Business tak banyak sangat, tak ada lori, cuma guna motosikal". "Customer pun dari kedai kereta terpakai, mereka ni repair sebahagian sahaja, buat kerja sikit sikit, tapi mereka ni tekan harga, kena jual murah ".Kata beliau.

" InsyaAllah kalau usaha, dan perniagaan di ketahui orang Islam yang prihatin, mereka akan bantu. Perniagaan ini selalunya kepakaran dari bangsa Cina, dan jika orang Islam yang meniaga, insyaAllah sesama Islam akan bantu" , saya cuba meyakinkan beliau

" Ok, tapi Ustaz tolong bantu-lah"... malu saya di panggil Ustaz. " saya bukan Ustaz la, saya Engineer je , takpe saya cuba, tapi kena ambik gambar sikit" .. jawab saya

"Ok la, saya balik dulu, dah siap telefon". Tambah saya


Pembantu beliau, katanya pakar menjahit fabric kereta



semasa pemasangan


Siap, Cantik, Harga berpatutan

Selepas Asar, saya datang untuk ambil, sempat tengok pemasangan akhir. Selepas membayar harga yang di janjikan, saya berjanji pada beliau, untuk cuba mewar warkan perniagaan beliau, untuk membantu ekonomi sesama jemaah.
Gambar kedai dari hadapan

Kalau ada sahabat sahabat jemaah yang perlukan khidmat beliau, di bawah adalah kad perniaagaan beliau.



 “Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara” (Surah al-Hujurat ayat 10)



Sunday, April 1, 2012

Jadual Bulan April 2012

Assalamualaikum,
      Jadual kuliah bulan April 2012

Kemaskini terakhir,1 April







Jadual Versi PDF untuk Print      Jadual Kuliah SAA Apr 2012


- Untuk print atau pdf  , ikut cara di bawah, klink print pdf di File Googledocs .


Jadual

Sunday, March 25, 2012

Doa untuk di kasihi orang beriman

Doa ini yang di ajarkan oleh Ust Kamaruzaman Abdullah, sewaktu kuliah subuh Sabtu 24 Mac 2012 yang lalu, guna untuk di baca doa selepas solat




Friday, March 2, 2012

Jadual kuliah bulan Mac 2012

Assalamualaikum,
      Jadual kuliah bulan Mac 2012

Kemaskini terakhir,7 Mac






Jadual Versi PDF untuk Print      Jadual Kuliah SAA Mac 2012


- Untuk print atau pdf  , ikut cara di bawah, klink print pdf di File Googledocs .


Jadual

Sunday, February 19, 2012

Nota Kuliah Subuh Ust Shahrizan 19 Feb 2012





Nota Kuliah subuh yang di sampaikan oleh Ust Shahrizan pada 19 Februari 2012

Nota: Sila Klik Pautan untuk buka

Untuk Muslimin



Zikir Dan Doa untuk muslimin


Untuk Muslimat


Doa untuk Muslimat