Pageviews past week

Thursday, July 19, 2012

Jadual Kuliah Ramadhan


PDF Jadual Kuliah Surau Al Amin 2012/ 1433H - Ramadhan
Klik Untuk Buka:

Semoga Allah memberkati Muslimin Muslimat yang mengimarahkah Surau Al Amin
Logo for Google Docs

Wednesday, July 18, 2012

Borang Sumbangan Ramadhan 1433H


PDFBorang Sumbangan  Surau Al Amin 2012/ 1433H - Ramadhan
Klik Untuk Buka:

Semoga Allah memberkati Muslimin Muslimat yang menyumbang dan mengimarahkah Surau Al Amin

Daripada Zaid bin Khalid al-]uhani r.a. daripada Rasulullah SAW sabdanya: “Sesiapa yang menjamu makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia akan memperolehi pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (Tirmizi)
Logo for Google Docs

SUMBANGAN UNTUK AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN 1433H



SUMBANGAN UNTUK
AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN 1433H

Daripada Zaid bin Khalid al-]uhani r.a. daripada Rasulullah SAW sabdanya: “Sesiapa yang menjamu makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia akan memperolehi pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (Tirmizi)

 +++++++++++++

Bersempena dengan ketibaan bulan RAMADHAN 1433H ini, pihak Surau Al-Amin akan meneruskan kesinambungan usaha Ihya’ Ramadhan dengan pelbagai aktiviti IBADAH dan UKHUWWAH, antaranya:

- solat tarawih – tazkirah – kuliah - jamuan berbuka – moreh – sahur –qiyamullail – tahlil - kuiz terkumpul - sumbangan bantuan/zakat -

Pihak Surau Al-Amin amat berbesar hati sekiranya seluruh Ahli Qariah Bandar Tun Hussein Onn dapat menghulurkan sumbangan ikhlas dalam bentuk
TUNAI & BARANGAN
untuk menjayakan hasrat murni ini.

Bersama kita rebut peluang ini, dengan menghubungi:


Pengerusi, Hj Aminudin (019 - 664 4940)
Bendahari, Hj Tukiran (019 - 210 4343)
Pen. Bendahari, Hj Abd Razak (013 - 278 6388)
atau mana-mana AJK Surau Al Amin.

+++++++++++++
Semoga Ramadhan tahun ini merupakan
Ramadhan TERBAIK dalam hidup kita, amiin

Kuliah Khas di Ambang Ramadhan


FORUM DI AMBANG RAMADHAN MASJID BT 10

Jemputan di Mesjid Kuning Batu 10


Saturday, May 5, 2012

Assalamualaikum,
    Sekadar untuk perkongsian  apa yang pelajari pagi tadi (Kuliah Subuh , 5 Mei 2012) ,di Surau Al Amin oleh Ust Yusni Mat Piah,  semoga ada manafaat. Dialog ini di nyatakan dalam Al Quran Surah ke 74 : Al Muddatstsir ayat 30 . 4 Ciri2 yang memasukkan mereka ini ke Neraka .


(Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya, (40) Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah, (41) (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar? (42)



Ciri 1 :  Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; (43)

Ciri hubungan dengan Allah
Ulama menyatakan ada dua golongan yang tidak solat
a) orang yang langsung tidak solat
b) Orang yang solat tanpa ilmu (ikut tanpa pelajari)

Petikan dari tafsir Syed Qutb " Keingkaran terhadapnya(solat) menunjukkan kekafiran pelakunya dan menyingkirkan dari barisan kaum muslimin






Ciri 2 : Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; (44)
Ciri hubungan dengan masyarakat
Petikan dari tafsir syed Qutb - Dermawan tetapi membangga2kan pemberian tetapi di tinggalkan di tempat yang benar2 memerlukan









Ciri 3 :  Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; (45)

Petikan Tafsir Ibnu Katsir " Membincangkan hal2 yag tidak kami ketahui, Qatadah menyatakan : " setiap kali ada yang menyimpang, makan kami pun menyimpang sama"











Ciri 4 : Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, (46)
Petikan Syed Qutb: hal ini pangkal malapetaka, pada orang yang tidak percaya hari pembalasan  semua neraca jadi kacau bilau dan semua nilai jadi goyah.  Ukuran kehidupan tersebut hanya pada nilai keduniaan

dan kesudahan ayat penutup ciri tersebut bila ia mati

hingga datang kepada kami perkara yang meyakinkan (kematian) (47)



Semoga ada menafaat, jauhi ciri-ciri  tersebut untuk menjauhkan kita dari api neraka....

Thursday, May 3, 2012

Jadual Bulan Mei 2012


Assalamualaikum,
      Jadual kuliah bulan Mei 2012

Kemaskini terakhir,3 Mei 2012







Jadual Versi PDF untuk Print      Jadual Kuliah SAA Mei 2012


- Untuk print atau pdf  , ikut cara di bawah, klink print pdf di File Googledocs .