Pageviews past week

Monday, May 5, 2014

Saturday, April 26, 2014

Amalan Kebaikan & sedekah

Kuliah subuh at al amin

Ustaz Raihan 

Ya Allah lapangkan dada kami, tambahlah ilmu kpd kami,permudahkan lisan kami.

Alzalzalah:

Sesiapa yang melakukan amalan kebaikan walaupun sebesar zarah Allah akan di  perlihatkan di akhirat dan sesiapa yanv melakukan amalan kejahatan walaupun sebesar zarah akan di perlihatkan Allah di akhirat nanti

Dalam kehidupan manusia ini ada perbuatan manusia ada perbuatan baik dan jahat. Dan pada amalan baik itu ada yg kecil dan besar, dan jgn memandang kecil pada paerbuatan baik yg kecil. Kerana yang kecil itu biasanya memberi kebaikan kpd kita kerana ianya kita lakukan dgn ikhlas . Sessungguhnya ikhlas itu adalah rahsia antara kita dgn Allah.

Kitab riadussolihin (imam nawawi) byknya jalan jalan kebaikan

- Hadis: dari abu zar: apakah amalan yg terbaek, rasul: beriman pd Allah dan berjihad sungguh2 pada agama Allah. Apakah hamba yg bgus utk di merdekan , rasul: di kalangan hamba yg sgt di kasih oleh tuan dan hamba yang baik. Kalau tak mampu, rasul: kamu tolong sesorang buat kerja pd org yg tak tahu buat kerja. Bagaiamana tiada kemampuan. Rasul: tahan dlm diri kamu dari melakukan kejahatan terhadap manusia2, itu adalah kebaikan pada diri kamu.

(Hadis Sahih Bukhari)

-riwayat imam muslim - dari abu dzar: ada yg (golongan muhajirin) berkata pd rasul saw: 

Tlah berpergian org kaya dgn melakukan perkara baik dan banyak lah harta2 yg di dermakan, sedangkan kami tidak punyai apa2 utk berbuat pahala dgn harta , Rasul: sesungguhnya  Allah dah jadikan sesuatu amalan baik bagi kamu yg sebenarnya yang boleh sedekah dengannya. Sesungguhnya dgn tasbih,takbir, tahmid, tahlil yg kamu baca adalah sedekah, mengajak org membuat kerja baik & halang org membuat kerja mungkar itu adalah sedekah. dan mereka yang mendatangi isterinya juga adalah sedekah.sahabat: ya rasulullah, apakh kami mendatangi isteri dgn syahwat pun merupakan sedekah. Rasulullah saw :Jika sekiranya benih di letakan di tempat yang haram, ianya adalah dosa, maka, jika benih di letakan di tempat yang halal, ianya adalah pahala.

Huraian:

Dalam islam ibadat boleh di buat dgn tubuh badan dan ada yang boleh dgn harta.

- ibadat tubuh badan: solat, zikir - ibadat ini boleh di lakukan oleh sesiapa dan ianya sama disisi Allah swt

- ibadat harta : hanya orang kaya yang mampu boleh lakukan. 

- sebaik baik di kalangan kamu adalah yang faham dan amal ilmu agama (berdasarkan alquran, hadis & pendapat ulamq dan  bukan setakat tahu pasal agama tapi tidak mengamalkannya)

Cerita saad b abi waqas sakit tenat. Ketika rasulluah saw dtg melawatnya. Saad abi waqas ingin menginfaqkan 2/3 dr hartanya, tp tidak di izinkan , malah tidak separuh juga tapi rasulullah saw membenarkan hanya 1/3 sahaja utk di dermakan. Lalu Rasulullah saw bersabda:  wahai saad kamu tinggalkan anak kamu dgn harta kamu adalh lebh baik dari mereka meminta, sesungguhnya kamu memberi makan dan menanggung keluarga kamu adalah satu sedekah. 

Wallahu'alam.

petikan:

-  solat jumaat memerlukan 40 org yang bermastautin utk memboleh solat jumaat itu sah , kalau mengikut mazhab shafaei.

Tapi maliki...

- akan dtg suatu masa, umat islam akan di kerumuni oleh org sebagai mengerumuni makanan, apakah umat islam kurang pada waktu itu? Tidak, umat islam pada waktu terlalu ramai tp Allah tlah mencabut rasa gerun dr hati org org kafir terhadap org islam.

- perkara yg paling afdhal adalah amalan baik yg walaupun sedikit tetapi berkekalan (istiqomah). 

Sunday, March 23, 2014

Petikan Kuliah Subuh 22/3/2014

Perkongsian jemaah petikan kuliah subuh pada 22/3/2014.

ustaz Raihan
surau al amin

Mengapa Umat Islam Lemah Sekarang.

•alquran : "dan kamu semua sentiasa berada di tempat yg mulia:tinggi, jika sekiranya kamu menjadi org tg beriman" - quran.
- namun kini umat islam di perlekehkan.
•Hadis : "Akan tiba suatu masa bangsa seluruh dunia mengerumi kamu sebagaimana mereka mengerumi talam hidangan mereka. sahabat bertanya: adakah islam sedikit jumlah pada waktu itu? rasul: bahkan kamu pada hari itu ramai akan tetapi kamu pada waktu itu umpama buih di pantai. sebabnya jadi begitu, Allah telah mencabut perasaan dari musuh perasaan gerun dan takut dari dalam diri musuh2 Islam."
- Allah adalah segala pemerintah pada segala pemerintah.
- Allah boleh cabut kerajaan dari siapa yang di kehendaki
-Allah boleh hina atau muliakan mana mana manusia yang di kehendaki.

• Islam berkembang bermula dgn perlantikan nabi pada 610 masihi dan ianya pesat sehingga kejatuhan kerajaan othmaniah pada 1924.

•Salah satu faktor kejatuhan islam:

- petikan dari Alquran "taat lah kamu kpd Allah dan taat lah kamu kpd Rasul dan dalam perkara taat pada Allah dan rasul janganlah kamu berbantah bantah. Kalau kamu berbalah balah, akan lemah kamu dan akan hilang kehebatan"

•sejarah Islam telah terbukti dalam
kebanyakan Peperangan, islam
menang walaupun jumlah ahli nya lebih sedikit dari musuh.

•Hadis : "dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari musuh2 kamu dan Allah mencampak
penyakit wahnu dalam diri manusia ( penyakit wahnu : cintakan dunia dan takut kpd mati)"

sama2 kita renungkan.

moga ada manafaat.

wassalam

Saturday, February 8, 2014

Saturday, January 11, 2014

Monday, July 8, 2013

Marhaban Bihululi Ramadhan 1434H

Assalamulaikum,
     Ramadhan menjelang lagi. Pihak surau seperti tahun tahun sebelumnya mengekalkan program untuk memenuhi ibadah Ramadhan untuk kariah surau Al Amin, program yang akan dia adakan termasuk

- Kuliah Sepuluh minit setiap hari bekerja
- Majlis berbuka puasa yang disediakan  secara gotong Royong sesama jemaah
- Tarawih & Tahlil
- Tazkirah Tadarus,
- Qiamulail.





Borang dan jadual boleh di muat turun di link di bawah


Pada tahun ini juga pihak surau berhasrat untuk menukar kipas kipas lama kepada yang berkapasiti tinggi dan menggantikan Air cond yang telah rosak untuk keselesaan jemaah . Tawaran seperti di bawah


Hj Aminudin Afip
Pengerusi Surau Al Amin

Monday, March 4, 2013

Notis Mesyuarat Agung Khas


Notis  Mesyuarat Agung Khas
pencalonan pegawai dan ahli jawatankuasa
Surau Al-Amin
Bandar Tun Hussein Onn


Sukacita dimaklumkan bahawa, surau Al-Amin akan melaksanakan
 mesyuarat agung khas pencalonan
pegawai dan ahli jawatankuasa surau
Bagi sesi 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 pada :


Tarikh         : 19 Mac 2013 (Selasa)
Masa          : 9.00 malam
Tempat      : dewan solat, Surau Al-Amin


Ahli-ahli kariah yang belum berdaftar hendaklah mengisi borang pendaftaran Ahli kariah melalui melalui

Setiausaha : Mohd Shukri Abd Rahman @ Syahir Sulaiman 

Sila download borang di sini, klik ikon di bawah