Pageviews past week

Sunday, March 1, 2015

Penawar bagi Hati - Mukadimmah

Assalamu'alaikum....

Alhamdulillah ...dalam kesempatan yang di beri Allah swt..sebuah lagi perkongsian di hasilkan dgn izin Allah swt... moga menjana pemikiran kita ke arah lebih merapatkan diri kpd Allah swt...... 

Dari Abu Bakar r.a,  Rasulullah SAW bersabda: "Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu".(HR Tabrani)

Kuliah Subuh
Di pagi Ahad @ surau alamin btho
Ustaz Mahfuz
"penawar bagi hati"

PEMULA BICARA

kesemua sifat mahmudah dan mazmumah akan tertumpu kpd qalbu(hati) yang membentuk tujuh anggota badan kita ..dan akan membentuk keperibadian kita samaada menjadi baik atau jahat...

HATI KITA

Titik di dalam hati adalah tempat yang paling sukar utk di "pegang" atau "sentuh"....

sama2 kita kosongkan hati kita dari perkara perkara yang menjauhkan kita dari Allah swt, biarlah ianya hanya terisi dengan usaha untuk memenuhi tuntutan Allah swt dalam segenap akitiviti dan tindakan kita...

....hati kita ini akan mengerakan dan berhubung dengan tujuh anggota kita...maka berusahalah utk menjaga pancaindera kita semoga kita tidak menghantar "signal" yang merosakan hati hati kita..

PENJAGAAN HATI

Menjaga hati adalah fardhu ain...

Setiap muslim wajib pelajari...
....ilmu tauhid..ilmu yang membicarakan soal-soal 'aqaid yakni segala keyakinan dan kepercayaan dalam agama islam dengan dalil-dalil yang yakin.
....ilmu tasauf.. ilmu bagaimana hendak membersihkan atau memurnikan roh (hati) atau nafsu.
...ilmu fiqh.... Ilmu berkenaan hukum-hakam Syarak yang bersifat 'amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci.yang di ambil dari Al Quran dan hadis...

Bermulalah dengan...perhebatkan tauhid kemudian dikukuhkan tasauf ...tambahkan lagi dengan feqah....kemudian "berjalanlah" di muka bumi Allah swt ini seiring dengan tiga cabang ilmu ini....

ILMU TASAUF

tasauf membersih hati dan menyampaikan kpd  anggota kita yang zahir..lidah, perut, kemaluan (maruah), tangan, kaki untuk bertindak mengikut  kehendak kehendak Allah swt.

....lalu nyatakan kesyukuran dengan sebaik baik perkataan..."Alhamdulillah"
diikuti dengan amalan amalan ibadat kpd Allah swt...

MAZHAB

perbezaan antara mazhab mazhab janganlah diperbesarkan kerana masing masing ada hujjah dan pendapat bersandarkan Al quran dan As sunnah....Sebaliknya, beramallah mengikut mazhab mazhab masing masing dan berdoa kpd Allah..semoga amal ibadah kita di terima Allah swt..

PESANAN

hati hati dan jaga jaga... di hari kiamat nanti semua anggota badan kita akan menjadi saksi atas setiap perbuatan kita

firman Allah ... surah yassin..ayat 65.
"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan"

firman Allah lagi ..surah fusilat ayat 22..
"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu)"
berbuatlah perkara yang baik pada

SARANAN

Hakikatnya, berusahalah untuk berbuat  baik dalam setiap masa...kerana  Allah "melihat" pada usaha usaha kita...kejayaan kita berbuat kebaikan adalah ketentuanNya..

...kupasan kitab di tangguhkan...

moga ada manafaat..

wassalam.

Saturday, November 29, 2014

Berjaya di Dunia & Akhirat

ustaz yusuf embong

Berjaya di dunia dan Berjaya di akhirat

"Berjayalah mereka yang khusyuk di dalam solat dan menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia sia " (AlQuran)

- azan adalah an nida' (seruan).
"pemberitahuan drp Allah dan Rasul kpd sekalian manusia" (attaubah ayat 3)
-hukum azan adalah sunat mu'akadah  al kifayah bagi sesuatu kumpulan.
-azan adalah syariat di dalam islam , andai ada yang menghina azan maka rosak /batal aqidah.

penggunaan erti kejayaan ada tiga istilah  dalam al quran :
alfalah, al fawz, an nasr

daripada tiga yang di atas, alfalah dipilih utk di jadikan syiar dalam azan.

Hakikat hidup insan utk muslim mukmin, seluruh isi hidup adalah di arahkan utk  mencapai kejayaan. Kejayaan itu adalah kejayaan dunia dan akhirat.

kenapa Al Falah di pilih utk syiar dalam azan ? sila amati pengertian ringkasnya :

"Al falah " - kemenangan adalah meliputi individu, masyarakat, dunia dan akhirat.(al falah). manakala," al fawz"- kemenangan di akhirat dan an nasr -menang dlm jihad kerana membela agama Allah atas musuh Nya di di dunia.

penghulu segala doa : ayat 201 al baqarah.
"wahai Tuhan kami , berilah kami di dunia ini kebaikan dan di akhirat juga kebaikan, dan peliharalah kami dari azab neraka"

kebaikan kita di dunia akan di kira utk kebaikan kita di akhirat.

selawat paling baik adalah selawat ibrahimiah.

Bilamana berbuat tahlil, ayat 1-5 surah al baqarah akan di baca , kerana ada d hujung ayat ke 5 ada perkataan "muflihun" - yang bermaksud berjaya.

iman - asas syarat utama utk d terima segala amalan.
iman : membenarkan yakin sungguh2 setiap apa yg d bawa Rasulullah saw.

moga ada manafaat.

sebarang kesalahan dalam mencatat kuliah adalah kesalahan pencatat dan mohon d perbetulkan utk manafaat bersama.

wassalam.

Saturday, August 30, 2014

Thursday, August 21, 2014

Wakaf Tabung Surau

Terkini 28 Ogos 2014 - Alhamdulillah sumbangan telah di terima  dan tabung telah di serahkan oleh pihak syarikat kepada surau . Terima kasih pada penyumbang, semoga Allah berkati rezeki tuan/puan...

--------------



Pihak surau berhasrat untuk ganti dan tambah tabung kutipan surau. Sesiapa berminat boleh hubungi hjKaus, Nazrul atau mana mana ajk.

Sunday, July 6, 2014