Salam jumaat buat dunia keseluruhanya. Jom bangkit dengan satu semangat baru untuk hidup hanya kerana Allah.
Syukur kerana masih ada peluang untuk berada di tempat yang baik di waktu yang baik. Mudah2an kita akan bertemu kematian yang baik. Kita selalu berdoa semoga kita mendapat pengakhiran yang sangat baik. Doa husnul khatimah.
" Ya Allah , Akhirilah hidup kami dengan Islam, Akhirilah hidup kami dgn membawa Iman, akhirilah hidup kami dengan Husnul Khotimah "
Inilah cita cita agong setiap pemilik insan yang bertitle muslim. Andai kita tiada cita cita ini, maka ; tunggulah saatnya.
Semalam, di surau al amin, ustaz shahruzan membawa satu tajuk :
RAHSIA KEMATIAN.
Di antara rahsia kematian adalah kita tidak tahu bila kita akan mati, di mana kita akan mati dan bagaimana kita akan mati. Banyak sekali kisah kisah di sebut oleh ustaz. In shaa Allah, akan ada beberapa siri nota untuk tajuk ini yang akan saya kongsikan disini, moga memberi manafaat pada saya terutamanya.
“Tiap tiap umat mempunyai ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak dapat pula mendahuluinya"
(Surah Yunus:49)
Untuk pagi ini, saya nak share satu kisah di bawa oleh ustaz sharizan yang menceritkan bagaimana seseorang itu telah tersalah memilih cara penghujung nyawa hanya kerana tersalah pilih kawan.
Kisah Uqbah bin abu muith
Kisah ini berlapikkkan pada surha Al furqan 27 - 29.
kisah uqbah bin abu
Muiith. Kisahnya, dia ketika itu masih kafir, buat kenduri. Pantang orang arab, kalau tetamu tak jamah makanan, satu aib bagi mereka tapi juga jangan habiskan makanan itu. Suatu hari Nabi saw dijemput, dan nabi tak jamah makanannha. “Ya nabi kenapa tak makan tak sedap ke” uqbah, jawab nabi, “ aku tidak sesekali makan selagi kamu tak lafaz kalimah lailahaillallah”. Lalu uqbah bersetuju untuk masuk islam tapi suasana kecoh kerana kawanya yang jahat, ubai bin khalaf menyebarkan cerita dengan cerita fitnah. Lalu ubai uqbah jumpa ubai ceritakan oleh uqbah apa yang berlaku. Lalu ubai putuskan hubungan mereka - haram pipi aku bersentuh dengan mu - selagi kamu tidak ludah atas muka nabi. Lalu uqbah cari nabi meludah pada nabi, tapi ludah itu terpancul ke muka uqbah sehingga ada kesan hitam. Lalu nabi kata “ kalau aku jumpa kamu di luar mekah akan aku pancung kamu”
( ketika itu islam belum kuat). Perang badar berlalu, antara tawanan perang adalah uqbah. Lalu nabi arah ali pancung uqbah.
Inilah akibat salah pilih kawan. Inilah orang yang zalim.
Akhir kalam
Punca manusia mati dlam kekufuran, kata abu amar dalam bukunya: perjalanan menuju akhirat, Dalam bab mati dalam kufur, ini kerana manusia mendampingi kawan kawan yang tidak baik untuk mereka.
Abu Lis Assamarkandi telah letak tanda warak (bagi yg memburu warak)
1. Jaga lidah dari ghibah (mengumpat)
[Nota: Berkata betul tapi tidak disukai oleh pendengar atau tuan badan sekalipun. Ada juga exit clause spt yg di tulis imam nawawi dan imam al ghazali. Antaranya, seorang perempuan nak mintak pengadilan di depan hakim, maka dia kena ceritakan hal2 buruk. Juga dalam proses menjodohkan anak2 ketika di tanya hal sifat perangai nya. Begitu juga dlm soal memilih ketua]
2. Tinggalkan suul zon ( sangkaan jahat)
[Nota: hendaklah kamu tinggalkan sangkaan jahat kerana sebahagian sangkaan jahat itu adalah dosa. Bila tengok orang kita sangka jahat pd nya, kadang2 ianya terpancul di mulut walaupun mulanya hanya di hati. Berhati2 dgn urusan ini diakhir zaman ini kerana khuatir ada kes spt melepaskan anjing yang tersepit. Mintaklah petunjuk Allah sebelum bertindak itu yg terbaek. Zaman ini pula media sosial amat senang untuk mencipta persepsi. Tambah2 lagi bila manusia senang menerima sesuatu pada first impresion, sebab tu Allah laknat orang yang menfitnah]
3. Menghina orang
[Nota: firman Allah: jangan kamu hina orang lain mungkin kawan yg kamu hina itu lebih baik dari kamu. Mungkin dari segi amalan, akhlak dan taqwa]
4. Memejamkan mata
Nota: kita jaga diri zina tapi bagaimana dgn zina mata. Kalau puasa tu macam2 pandangan yang membuatkan puasa kita spt Balik modal makan pangkal.
5. Berkata benar
Nota: bila berkata berkatalah kamu dgn benar
6. Ingat nikmat yang di beri adalah dari Allah.
Jangan sombong dgn nikmat, Allah boleh tarik nikmat2 itu. Sebaliknya bersyukurlah dengan nikmat Allah
7. Membelanjakan harta untuk yang hak/benar.
Tidak di bazirkan pd perkara yang tidak menepati pada apa yang Allah kurniakan pd kita. Firman Allah: adapun nikmat Aah itu hendaklah kamu tunjukkan. Kena zahirkan nikmat Allah. Nabi pernah tegur sahabat yang berharta tapi pakaian nya companh camping. Tapi ketika menzahir nikmat janganlah membazir.
8. Tidak mengharapkan kedudukan dan kalau ada pun tidak sombong.
Inilah zuhud. Ingatlah kedudukan kita ini tidak akan kekal sampai masa kita akan tamat masa kemuncak kita.
9. Menjaga waktu solat 5 waktu sempurna dari segi ruku dan sujudnya.
Nak lihat warak nya seseorang lihat lah solat seseorang ketika ruku dan sujudnya. Jagalah solat awal waktu.
10. Istiqamaah ikut sunnah nabi dan ajaran islam.
Kekal bersama ajaran nabi dan islam berdasarkan hadis dan al quran.