Laporan kedudukan kewangan Surau Al Amin.
Pihak Surau Al Amin ingin berkongsi dengan seluruh ahli jemaah berkenaan situasi kewangan yang dihadapi oleh pihak pentadbiran bagi menampung kos operasi setiap bulan. Secara umumnya, kewangan bulanan Surau Al Amin berada di tahap minima (hampir kepada defisit) untuk menampung kos operasi bulanan yang semakin meningkat.
Secara kasar, pendapatan bulanan adalah sekitar RM12,000 berbanding perbelanjaan bulanan sekitar RM13,000.
Pecahan pendapatan bulanan adalah sekitar:
Pendapatan sebulan (purata): RM10500 - RM 12000
1. Kutipan jumaat: RM4500 - RM5500
2. Kutipan semasa kuliah: RM400 - RM600
3. Sewaan: RM4640
4. Peti besi: RM 600 - RM800
5. Lain-lain: RM400 - RM600
Pecahan perbelanjaan bulanan adalah sekitar:
Perbelanjaan sebulan (purata): RM11500 - RM13000
1. Kuliah: RM6000 - RM6500
2. Petugas: RM3000
3. Operasi: RM1500 - RM2000
4. Penyelenggaraan: RM300 - RM500
5. Lain-lain: RM1000
Disamping kos operasi bulanan yang meningkat, pihak Surau juga perlu memperuntukkan sebahagian besar kewangan untuk kos baikpulih elektrikal dan kos pembaikan PA yang rosak kerana pahan petir berdekatan surau . Kami akan pamirkan penyata bulanan dalam masa terdekat di papan hijau surau.
Justeru, pihak Surau Al Amin mengharapkan ahli jemaah sekalian memahami situasi kewangan yang sedang kita hadapi sekarang ini.
No comments:
Post a Comment