Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan
hartanya di jalan Allah adalah seumpama 1 biji benih yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai 100 biji. Allah
melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas kurniaNya
lagi Maha Mengetahui (Al-Baqarah: 261)
Alhamdulillah,
sebagaimana yang telah dimaklumkan kepada ahli qariah sekalian pada Mesyuarat
Agung Tahunan Kali ke-16 Tahun 2012 berkaitan kerja-kerja penambahbaikan di
Surau Al Amin, kerja-kerja tersebut telah selesai dengan baik.
Pihak
AJK kemudiannya menerima beberapa cadangan untuk penambahbaikan dan keselesaan
jemaah di Surau Al-Amin, khususnya pada Solat
Jumaat dan Solat Tarawih dalam
bulan Ramadhan yang bakal tiba.
Justeru,
pihak AJK Surau Al-Amin ingin membuka
peluang ini kepada ahli qariah untuk sama-sama menambah saham akhirat
dengan menghulurkan sumbangan ikhlas
untuk pemerolehan perkara berikut:
Perkara
|
Anggaran Kos (RM)
|
Sistem PA (luar, atas)
|
13,000
|
Penghawa dingin, air-curtain (muslimin,
muslimat)
|
5,000
|
Karpet muslimat (anjung belakang)
|
3,000
|
Cat (ruang solat)
|
3,000
|
LCD projector (anjung muslimin, solat Jumaat)
|
8,000
|
LCD projector (anjung muslimat, belakang)
|
6,000
|
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi, Haji Aminudin Afip (019-664 4940) atau
AJK En Mohammad Jamil bin Adnan (019-245
4517).
Semoga Allah s.w.t. membalas segala jasa baik
pihak Tuan-Tuan dan Puan-Puan.
Terima kasih. Jazakumullah.
No comments:
Post a Comment