Pageviews past week

Saturday, December 31, 2016

Sambutan Tahun Baru Masehi -adakah kita patut bergembira ? - Alang Ibnu Shukrimun

Di ambang 1 Jan 2017, adakah kita patut bergembira ? - Alang Ibnu Shukrimun

Saturday, December 17, 2016

Rasulullah pembawa Ummah Sejahtera

Forum Malam Cinta Rasul - Panel Dr Khazani dan Prof Dr Supyan dengan Moderator Syafiq


18122016 Ust Abd Muizz

Kuliah Subuh Ahad 18 Dis 2016

Friday, December 16, 2016

17122016 Ust Shamsul Hakim

Mukjizat Al Quran - dari perspektif sains



Monday, December 12, 2016

11122016 Ust Nik Muhammad Abduh di Madrasah Cheras Perdana

Malam Cinta Rasul : Sirah Perjuangan Nabi, adakah kita bersamanya?

Wednesday, November 30, 2016

Thursday, November 24, 2016

20112016 Forum Mencari Keberkatan dalam hidup



Forum mencari keberkatan yang di adakan pada Ahad 20 Nov dengan penyertaan

Panel 1 : Ust Yusof Embong
Panel 2 : Dr Azhar Yaakob
Moderator : Ust Wan Jemizan

di bawah ini di sertakan nota 3 bahagian yang diambil oleh jemaah surau  :

Assalamualaikum...
Sharing is caring.
Bahagian 1

*NOTA Forum*

"Mencari Keberkatan Dlm Hidup"
Panel: ustaz Yusuf Embong
            Ustaz dr azhar yaakob
Moderator: Ustaz Wan Jemizan.

Dari ilmu yg bakal kita perolehi nanti, sama2 lah kita amalkan dan semoga kita terpilih utk kekal di jalannya.

*Erti Barakah@berkat*

PANEL: Ustaz Yusuf Embong
AnNisa ayat 86
"
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu"
Didalam ucapan salam - assalamu'alaikum warah matullahiwa barakatuh - ada terselit perkataan barakah. Dan barakah di sebut berkali2 dlm hidup kita. Dlm doa kita,   dlm solat, apatah lagi dlm doa qunut...

Dalam ungkapan doa Qunut di bait yang ke 4 : Wabaariklii fiimaa a'thait...
" Dan berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan"
Sesungguhnya dlm setiap apa yg kita buat dan berkehendakan atau lakukan, kita sentiasa hendak kan ianya di berkati olehNya kerana natijah dari keberkatan Allah inilah, jiwa kita tenang dan hidup tenang aman damai. 

Dari surah Al 'araf ayat 96:
"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.."
Kita juga berharap utk mendapat barakah dari Allah dgn merapatkan diri dgn mereka2 yg berilmu dan beramal dgnya kearah. Di ketika inilah kita menumpang keberkatan. 
Erti Berkat : barakah.. perkembangan, pertambahan atau lebih. Juga gembira, bahagia, berterusan dan tetap, makmur, nasib baik, untung dan kebaikan yg berlimpah.
Imam an-Nawawi Rahimahullah berkata bahawa asal makna 'barakah' atau berkat itu ialah kebaikan yang banyak dan tetap.

Barakah..apa yg baik utk kita yg di beri kan Allah...kalau dpt barakah, alhamdulillah syukur. Hal ini dtg dr Allah yg menetapkan setiap sesuatu

*Bagaimana yg menyebab hilangnya barakah*

PANEL:Ustaz azhar Yaakob
Punca utama kehilangan barakah dlm hidup kita adalah bila tak pandai bersyukur dgn apa yg di perolehi dlm hidup kita... waima atas perkara baik ataupun  buruk.
Surah Ibrahim ayat 7:

"Barangiapa mensyukuri nikmatKu, maka akan Ku tambahkan nikmat baginya. Dan barangsiapa kufur terhadap nikmatKu, sesungguhnya azabKu amat pedih.”

.. Bila bersyukur pasti akan ditambah nikmat, dan bukan ada lagi "in syaa Allah" kerana yg menyatakan demikian adalah Allah. Ini janji Allah..dan Allah tidak  akan mungkir janji.
Sesungguhnya dari "syukur" inilah terhasilnya barakah.

Sesuatu yg menjadi fitrah manusia..Sesungguhnya mudah utk bersyukur jika di uji dgn ujian kesenangan. Tapi dlm memenangi sesuatu musibah, ucapan atau rasa syukur..alhamdulillah..amatlah sukar.

Sedangkan pada hakikat sebenarmya,  semuanya dtg dr Allah..waima perkara yg menimpa kita itu baik atau tidak.

Sebemarnya ianya cukup mudah utk kita mendapat barakah jika :
1. Memperakaui segala yg dtg dr kita adalah dari Allah, pada setiap kali menerima kebaikan atau kemudharatan.
2. Pantas mencari hikmah sebalik musibah dan kemudharatan.
3. Redha dgn ketentuan Allah
4. Muhasabah diri sendiri
5. Berusaha Memperbaiki diri
5. Letakakan dalam dlm jiwa : Cukuplah Allah utk kita bertawakal kpdNya.
Allah akan berikan barakah kpd sesiapa yg di kehendakinya ini adalah hak mutlakNya.

Contoh 1
Cerita kecil...
"Makcik A & B. Tinggal berjiran. Dan membuat dan menjual kueh dan sentiasa naik bas bersama2 menuju ke pasar utk menjual kuehmueh buatan mereka. Makcik A & B dr segi kepatuhannya kpd Allah,  tidak ikut syarie yakni tidal solat, tidak menutup aurat, tidak taat suami.
Ada seoranv lagi ,  makcik C . Mak cil C ini patuh pada perintah Allah. Ikut hukum Allah - solat, tutup aurat, taat suami.

Pada Suatu hari mereka bertiga bersama  berjalan menyusuri jalan membawa menjinjing bahan2 jualan masing menuju ke perhentian bas utk ke pasar.  Dalam perjalanan, tiba2 makcik C terpijak ular sawa dan terkejut dan  melompat sehinggakan berselerak kueh mueh bertaburan di atas jalan raya. Dengan sedihnya, makcik C  mengutip kuehnya. Manakala, Makcik A dan B terpaksa berlalu pergi meninggalkan Makcik C bila bas sudah tiba kerana meraka kena teruskan urusniaga mereka.
Selesai mengutip sisa kueh yg bertaburan, Makcik c terpaksa  balik kerana semua kuehnya sydah rosak. Setibannya makcik C di rumah, jiwanya mula  komplen pada Allah .."kenapa aku yg menerima musibah ini sdgkan aku sentiasa ikut syariah dan taat pada Allah sedang si A dan Si B ..sollat pun tidak". Ketika inilah Makcik C ini sedang mencederakan takdirnya kpd Allah.
Kepenatan dgn perkara yg menimpanya pagi tadi, makcik C berehat sambil2 mendengar radio siaran rtm. Tiba2 terdengar berita tengahari dr corong radio tentang kejadian kemalangan sebuah bas dan ada kematian. Bas yg terlibat inilah yang telah di naiki oleh kawanya -makcik A dan B. Dan kedua2nya meninggal. Lalu terkeluatlah dari mulut makcik C..yang pertamany.." innalillah..." dan lemudiannya.."allhamdulillah.."
Agaknya kenapa "alhamdulillah"?

Renung2kan..cari dan gali apa yang terselindung dari kisah makcik A, B dan C ini.
Ingatlah..bila Allah redha pd kita, maka kita akan ke syurgnya. Dan kita ke syurgaNya hanya dgn redha Allah...

Maka sentiasalah jadi "abdan syakura"..hamba yang syukur. Org tua juga sentiasa berpesan kita dlm menempuh hidup sentiasa bawa dua sifat " bersabar dan bersyukur..."

Contoh 2
Kisah ustaz sendiri..(ustaz adalah suami kpd ustazah Norhafizah musa)
Anaknya ke 3. menduduki upsr tiga tahun lepas  dan menjadi pelajar harapan sekolah utk dpt 5A. Tetapi di Hari keputusan, dia hanya dpt 3A. Si anaknya balik mengunci dlm biliknya..menyembam muka muka ke bamtal kerana kecewa seharian. Dan hanya malam baru keluar dgn matanya bengkak menangisi kekecewaan kerana tanpa 5A dia tidak boleh mengikut jejak langkah kakknya yg masuk sebuah sekolah tahfiz sains yg hebat.  Ketika itu ustaz sendiri tidak tahu apakah hikmahnya..tapi oleh kerana  tak dpt masuk sekolah tahfiz sains yg terkenal itu, anak ustaz setuju urk di hantar ke tahfiz alquran secara full time. Dan..hari ini,  Selapas tiga tahun anak ustaz dtg kpdnya dan memaklumkan yg dia  telah berjaya menghafal 30 juzuk .. sesungguhnya Allah telah memposisikan dia lebih baik itulah hikmahnya selepas tiga tahun. Bayangkan kalau rasa kecewa itu di bawa tanpa syukur dan redha.

Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi kita..Redha lah dgn takdir Allah. Setiap sesuatu kejadian itu bukan sia sia.

Bahagian 1 tamat di sini.
In syaa Allah..bertemu esok.
" bagaimana hendak memulakan dan  meraih barakah Allah"
Semoga ada manafaatnya.
Wassalam dari saya selaku pencatatmya.
*NCS*



Assalamu'alaikum..
Sharing is caring

*Bahagian 2*

*NOTA forum*
"Mencari Keberkatan Dalam Hidup"
PANEL: ustaz YE
              Ustaz DrAY
Moderator : Ustaz Wan Jemizan

*Bagaimana nak mula utk meraih keberkatan*

Ustaz Yusuf Embong
Sudah pasti lah ianya bermula dgn diri kita sendiri dan ahli keluarga kita.

Surah AlTahrim ayat 6:
"Hai orang2 yg beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat2 yg kasar, yg keras, yg tidak mendurhakai Allah terhadap apa ang diperintahkanNya kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan..."
Kita juga sering berdoa dgn doa utk ahli2 keluarga kita..dan menyebut nya utk mereka..

RABBANA HAB LANA MIN AZWAJINA WA DZURRIYYATINA QURROTA A’YUN WAJ’ALNA LIL-MUTTAQINA IMAMA
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri2 kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”  dari surqh al-Furqan: 74.
Ketika berselawat juga kita menyebut keluarga muhammad dan ibrahim.
Jadi utk memulakan pencarian barakah, kita hendaklah bermula dgn diri kita dan ahli keluarga kita.
Kisah lukman  nurhakim, bila menasihati anaknya di ayat ke 12.

"Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, yaitu, "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barang siapa yang bersyukur pd Allah, maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Mahakaya lagi Maha Terpuji.”
Setiap kali kita bersyukur, setiap kali itu juga ianya akan menambah barakah Allah utk kita.
Jadi pastikan keberkatan kita dpt itu bermula dgn utk diri kita dahulu

Soal apa yg di makan juga menjadi punca pada keberkatan. Inilah yg kurang di pedulikan oleh kita umat akhir zaman. Sedangkan hal ini ada  kesan pada penerimaan Allah kpd doa dan amalan2 kita. Dalam doa  makan pun ada di sebut tentang berkat, jadi pastikan apa yg kita makan, ahli keluarga kita makan dgn makanan yg berkat.

"Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar"..Yaa Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa api neraka
Mulakan lah pada diri sendiri utk mendapat barakah.
Dlm mendidik anak2, biarlah mereka diikat dgn keEsaan, Kehebatan dan Kemulian Allah..
Pesan lukman: wahai anakku jgn syirik pada Allah, wahai anakku apa saja kebaikan, Allah akan beri pahala.

Nasihat nabi pd sahabat.. ihfazillah yahfazuka.. pelihara jaga Allah( jgn syirik dan jaga perhubungan dgnnya), Allah pasti  bantu kamu.

Surah Taaha ayat 132
"Perintahlah keluarga mu solat hendaklah tekun bersabar menunaikanya. Kami tidak meminta rezeki kpdmu..kamilah yg beri rezeki kpdmu..ingatlah kesudahan yg baik adalah bagi org2 yg betaqwa..."
Sama2 kita usahakan utk membawa diri kita dan keluarga ke arah barakah Allah.
Nota utk bahagian 2 tamat di sini.

Semoga ada pemangkin utk kita memulakan sesuatu yg baik demi utk meraih berkat dari Allah dari secebis kehidupan dunia yg penuh fatamorgana ini.

Jumpa di bahagian 3 ... 

*Bagaimana nak dapatkan sebuah negara yg ada barakah padanya*
In shaa Allah..
Salam ceria..salam buat muslim mukmin..
Wassalam
*ncs*
SHARING IS CARING



BAHAGIAN 3 ( TERAKHIR)

ASSALAMU'ALAIKUM..
Tiba saat bahagian akhir Nota Forum utk di kongsikan. Semoga hadirlah sinar keberkatan dlm setiap hari kita memulakan kehidupan. Sifir mudah adalah mulakan dgn spt yg di sarankan & bila berilmu beramallah..

● *NOTA FORUM*
"MENCARI KEBERKATAN DLM HIDUP"
Panel : Ustaz Yusuf Embong
             Ustaz Dr Azhar Yaakob
Moderator : Ust Wan Jemizan

*Bagaimana nak dapatkan sebuah negara yg ada barakah padanya*

Bila sebut negara, ianya melibatkan  kepimpinan. Keberkatan bermula dari top dan bergerak ke down.. dari pemimpin ke rakyat. Sudah pastilah ianya ..adalah dengan cara  kepimpinan memerintah  mengikut syariat islam.
Kenapa ghairah dgn hukum lain sedangkan hukum Allah lah yg terbaik..sesungguhnya,  tiada kebenaran kpd nasionalis atau ideologi lain.
Jgn ambil ideoligi2 yg lain.. nanti akan berpecah. Barakah adalah natijah dlm sesuatu kepimpinan yg berteraskan islam.

Kepimpinan yg berjiwa islam... jiwa merasa nikmat hidup bertuhan. Dari sinilah akan berlakunya penapisan utk mendapat barakah.

Dlm surah yusuf..di tonjolkan nabi yusuf sbg pemimpin. Ketika di goda zulaikha, sampai zulaiha masuk bilik. Sehingga melakukan perbuatan mengoda. Nabi yusuf membalas dgn berkata Allah sebaik penyerahan. Inilah nikmat hidup bertuhan..sentiasa ada dlm hati perkataan2 spt "Allah sentiasa memantau aku",  :malaikat rakib atib mencatat", "Allah lebih hampir dgn aku dari urat leherku sendiri" ... Semangat2 inilah yg ada pada nabi Yusuf. Maka, jadilah nabi yusuf seorang yg transparent, penuh integriti kerana tahu bukan manusia yg hendak di selindungkan segala salah laku tapi Allah...Inilah yg perlu ada pemimpin dan org yg bijak pandai.

Sedangkan hari ini..ramai mereka yg terlibat dgn hal integriti adalah mereka yg cerdik pandai. Jadi hal jiwa bertuhankan Allah selaku soal pokok tiada dlm diri mereka .. sepatutnya..pemimpin kena perkukuhkan "hidup ada Allah" dan aqidahnya. Kena Kembali kpd agama.

Kesimpulan. Dari *Dr azhar yaakob*

Jgn buat hidup ini tiada masa dgn Allah kerana suatu hari nanti Allah juga akan buatkan keadaan Dia juga tiada masa utk kita.

Dunia sekarang penuh kegilaan keduniaan..sehingga lupa solat berjemaah, lupa memikirkan malapetaka menimpah umah..

sehingga wujudlah kita yg hanya mementingkan diri sendiri.

Membentuk masyarakat .. kenalah kita ada sikap amal makruf nahi mungkar. Kerana jika tiada inilah akan menyebabkan kehilangan barakah.

Bila semuanya...tidak selesai.. rumah tangga tunggag langgang masyarakat tunggang langgang negara tunggang langgang..maka tunggulah hilangnya keberkatan ini.

♡ Alhamdulillah..tamalah 3 bahagian Nota Forum ini.
In syaa Allah..mana2 yg baik tu jadikanlah tauladan dan mana2 yg tidak menepati alquran dan alhadis itu jadikanlah sempadan.
Semoga bermula dari bukanya mata kita sehingga lelap lena di malam hari.. hanya keberkatan Allah yg di dambakan.
Semoga bermanafaat.. maaf salah dan silap.
Wassalam
*Ncs*

Sunday, November 20, 2016

Sunday, November 13, 2016

Program KEM Anak Soleh : Tanggungjawab Ibu Ayah - Ust Kamaruzaman Abdullah

Gambar sekitar program KEM Anak Soleh , dengan kerjasama Sekolah Islam Integrasi Tahfiz Assyakirin yang di adakan di Surau Al Amin, Sabtu 12 Nov 2016





1. Slot Penerangan untuk Ibu bapa

Slot pertama penerangan KEM Anak Soleh yang di adakan pada hari Sabtu 12 Nov




2 .Gambar gambar sekitar program










Saturday, November 12, 2016

Jenis Hati Yang Baik menurut Al Quran - Ust Kamaruzaman Abdullah


8 Jenis hati yang baik menurut Al Quran oleh Ust Kamaruzaman Abdullah

Monday, November 7, 2016

Saturday, November 5, 2016

Agama yang di redhai adalah Agama Islam (Mastika Hadis : Hadis ke 8) - Ust Fadhil Nor

Kitab Mastika Hadis Jilid 1 - Hadis ke 8 - Agama yang di redhai adalah Agama Islam 

Monday, October 17, 2016

Sunday, October 16, 2016

15102016 Ust Mohd Nor Hamzah


Khaibar - Yakinlah Janji Allah

Khaibar adalah kubu kaum Yahudi yang kuat, kubunya berlapis dan tidak mungkin di tembusi, mereka juga mempunyai bekalan yang cukup untuk hidup walaupun di kepung beberapa lama. 
LIKE & SHARE

Saturday, October 8, 2016

08102016 Ust Kamaruzaman Abdullah

Peristiwa Hijrah oleh Ust Kamaruzaman Abdullah



Monday, October 3, 2016

02102016 Ust Mokhtar Senik


Bab Haid, Nifas dan darah Istihadah. Perlu di ketahui oleh setiap mukmin


Monday, August 29, 2016

Forum Di Ambang Merdeka, 8 Malam 30 Ogos di Surau Al Amin.  



Thursday, January 21, 2016

Addin Wa Siasah - sikap Bani Israel yg patut kita hindari

Catatan hj Naza
Sharing is caring...

..... semoga wujud fiqrah yang baru dan jitu. Sama sama bangkit merubah nasib dan masa depan Islam bukan sekadar menunggu sepeti yang dibjanjikan

PART 1...
Catatan Kuliah Subuh Pagi Ahad
Oleh : Ustaz abdul muiz
Addin wa siasah
Yusuf Qardawi.

Pertama tamanya dan selama lamanya, marilah kita sama2 merafaqkan kesyukuran kpd Allah. Moga segala ilmu yg di perolehi di amalkan hanya keranaNya. Moga membantu kita di dunia fana, barzakh dan akhirat.

Memahami "Yahudi" Bani Israil, Anak Keturunan Nabi Ya'qub a.s dan analysis sifat yahudi yang ada pada umat islam.

Di petik dari Al Baqarah (Sapi Betina) ayat 47:

"Hai Bani Israil, INGATLAH akan nikmat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu dan (ingatlah pula) bahwasanya Aku telah melebihkan kamu atas segala umat"..

BANI ISRAIL, UMAT YANG "TELAH DILEBIHKAN" tapi KEMUDIAN MENJADI "TAK TAHU DIRI",
" KERAS KEPALA", "INGKAR JANJI", "SOMBONG" DAN "BERPALING"

Sinopsis..surah albaqarah. Dialog nabi musa dan bani israel. Surah al isra' juga dikenali sebagai surah bani israel. Bani bermaksud anak beranak dan israel bermaksud nabi yaakub. Tapi kini jadilah mereka, anak beranak nabi yaakub yang  derhaka. Golongan suci di pilih Allah , pemimpin yg berjaya. Sofiullah..ini adalah antara punca mereka sombong diri.

Menceritakan tentang kisah bani israel seperti yang ada dlm alquran dan mengaitkankanya dgn tindak tanduk kaum bani israel ini dan di bandingkan dgn mereka yang ada sekarang.

Sesungguhnya Allah tlh muliakan bani isreal dr yang lain, rujuk ayat ayat dlm  alquran dan banyak Allah limpahkan nikmat dan kehebatan kpd mereka. Ramai rasul dan nabi dr golongan ini. Malah mereka ini cerdik.

Bani israel beranggapan manusia  dan insan hanyalah mereka dan bangsa lain adalah binatang. Bila di tanya kenapa bangsa lain ada yang manusia, mereka mengatakan bahawasanya manusia lain adalah asalnya binatang. Tetapi Allah menukar mereka ini menjadi manusia utk memudahkan komunikasi antara tuan ( bani israel) dan hamba ( bangsa lain). Maka tercetuslah teori evolusi dan darwin.

Sesungguhnya golongan yahudi sentiasa di laknat dalam bacaan solat kita...dihujung alfatihah.

Jgn pula kita menjadi golongan yahudi tanpa di sedari kerana kita tidak faham siapa yahudi.

Allah utuskan nabi pd kaum israel dan mereka tahu nabi dan rasul itu betul. Tapi mereka menidakannya. Mereka ini mengikut nafsu jahat mereka kerana nabi dan rasul menetap peraturan2 yg bertentangan dgn cara hidup mereka. Kata mereka "Sikit sikit tak boleh" itulah ungkapan bani israel yang terbawa2 sehingga ada pula di dlm setengah setengah masyarakat islam kini. Akhirnya mereka membunuh nabi walaupun pada awalnya mereka berbangga menjadi ahli nabi dan rasul tersebut.

Apakah kalau setiap kali dtg nabi dan rasul yg x kena dgn hawa nafsu kamu maka kamu bunuh para nabi.

Jadi dikaitkan dgn keadaan sekarang, tidak hairanlah kalau yahudi kini membunuh org2 islam kerana nabi mereka pun mereka bunuh.

Setiap kali nabi di bunuh, Allah akan turunkan nabi yang lain.

Sehingga nabi isa sendiri pun di komplotkan utk di bunuh.

Sejarah yahudi di jajah lebih lama dr sejarah mereka menjajah. Mereka menjulang nabi yg menang dan hebat spt  nabi daud dan nabi sulaiman. Nabi yg lemah dan  tidak hebat mereka pelekeh.

Nota part 1 tamat di sini..bersambung di part2 nanti.

In syaa allah... jadikan ini satu rangsangan utk kita bangkit sebagai umat yang terbaik.

Wassalam
...ncs...

Sambungan

PART 2
Catatan Kuliah Subuh Pagi Ahad
Oleh : Ustaz abdul muiz
Addin wa siasah
Yusuf Qardawi.

Selepas kewafatan nabi sulaiman, tampuk  pemerintahan sepatutnya di serahkan kpd anaknya Rohbuam. Tapi geng yahudi bertemu dgn anak nabi Sulaiman ini dan memberi syarat utk tidak melaksanakan syariat jika ingin meraih sokongan mereka. Sedangkan, pada masa nabi sulaiman memerintah, syariat di jalankan tapi mereka tidak berani kedepan membantah kerana nabi Sulaiman terlalu kuat. Akhirnya, kaum yahudi terpecah dua kpd yahuza ( mengikut anak nabi sulaiman) dan israel ( mengikut bani israel).

Akhirnya, mereka menjadi lemah dan di jajah. Antara yg pernah menguasai yahudi adalah firaun ( arab qibti). Selepas kemenangan dgn nabi musa, meraka di bawa utk berperang membebaskan palestine dgn Golongan jabbarin tapi mereka tidak mahu dan lebih suka menjadi pemerhati. Akhirnya mereka di lemahkan oleh Allah dan disesatkan selama 40 tahun.  Inilah satu perangai yg ada pada kaum yahudi pada waktu yaitu  suka menjadi pemerhati dan tidak mahu berjuang sehingga mereka menjadi lemah. Kini sikap seperti ini  (sekadar mejadi pemerhati dalam perjuangan Islam) di warisi oleh ramai orang islam. Kerana itulah, islam pula  di jajah sekarang kerana ramai sangat yg sekadar hanya  menjadi pemerhati kepada mereka yg berjuang utk memegakkan islam.

Kaum israel sentiasa memohon nabi yg baru dgn harapan nabi yg baru ini akan membela nasib mereka. Yang terakhirnya adalah nabi isa. Tapi mereka kecewa bila nabi isa hanyalah tukang kayu bukan spt nabi sulaiman seorang raja pemilik empayar. Nabi isa banyak melakukan proses tarbiah yg akhirnya membosankan kaum yahudi. Kerana pada waktu itu, yahudi lebih fokus pada untuk mengalahkan rom. Sedangkan Allah turunkan nabi isa utk perbetulkan fiqrah yahudi supaya jangan jadi jahat seperti kaum rom..ini motif isa diturunkan. Tapi mereka serabut dgn nabi isa yg sering berdakwah pd jalan kebenaran. Akhirnya mereka "bunuh" nabi isa. Selepas pembunuhan ini (yg berlaku pada orang lain bukan isa ini), Allah hentikan penghantaran nabi selama 620 tahun. Dalam tempoh itulah, yahudi tercari cari dan  berbuat kajian , siapakah ahmad ..nabi akhir zaman spt yg di sebut oleh nabi isa dan dalam kitab mereka. Akhirnya mereka ini di gelar ahli kitab kerana banyak mengkaji kitab. Mereka ini hanya banyak belajar kitab tetapi tiada ilmu. Kalau mereka ada ilmu mereka akan pilih kebenaran.

Selepas kajian ini, mereka akhir mendapati akan ada satu  kemenangan akhir zaman di bawah islam dan nabi akhir zaman akan menetap di madinah. Lalu mereka berpindah ke madinah utk itu. Lihatlah betapa mereka tahu dan percaya malah yakin tentang nabi akhir zaman.

Tetapi,  selepas kehadiran nabi muhamad mereka kecewa kerana..

1. Nabi akhir zaman yg hebat ini adalah bukan dr kaum israel tapi dr bangsa Arab. Ini berlawanan dgn doktrin mereka bangsa lain asalnya adalah binatang. Macamana kaum dr binatang dan kaum yg lebih rendah dr mereka menjadi nabi hebat di akhir zaman.
2. Nabi akhir zaman ini mereka sangkakan "sporting" dan boleh ikut kehendak mereka tapi nabi akhir zaman juga sama spt nabi dulu malah... sidiq, amanah, tabligh dan fatonah.

Masaalahnya yahudi ni, bila di tanya ketulenan dalam kitab , mereka berkata nabi muhammad adalah benar.

Akhirnya yahudi tidak beriman dgn nabi muhammad walaupun meraka tahu kebenarannya. Inilah dasar keegoan mereka sehingga ke hari ini.

Banyak sifat sifat yahudi dulu yang kini di amalkan oleh org islam pula. Inilah akhirnya membawa kpd kelemahan islam. Kita tidak sedar yg kita terikut dgn fiqrah yahudi dulu.

Dari Abu Sa‘id Al Khudri, ia berkata: “Rasululah bersabda: ‘Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalianpun akan masuk ke dalamnya.’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?’ Sabda beliau: “Siapa lagi.”  Bukhari dan Muslim

Kesimpulannya ...terlalu banyak sifat sifat bani israel yang di peluk dan di amalkan oleh org islam sendiri tanpa di sedari sehingga membawa kpd kelemahan islam.

Analogy manusia menolak undang2 Allah ada dlm surah al baqarah. Inilah yg berlaku pd masyarakat islam sendiri kini.

Sepertimana, Kisah penyembelihan lembu..cari dan gali dan fikirkan.  Nabi musa menyuruh kaum israel menyembelih lembu utk menyelesaikan masaalah  pembunuhan pada waktu itu. Dan itulah syariatnya masa itu. Tapi, geng yahudi terlalu banyak persoalan teknikal di kemukan, sedangkan itu adalah arahan dr seorang nabi. Akhirnya mereka ikut sembah lembu tersebut dan mejadi kuffur pada Allah. Cuba bandingkan dgn usaha usaha menjakankan syariat islam kini, byk persoalan teknikal di kemukan. Sehingga akhirnya akur dgn undang undang barat.

Nota tamat di sini......

Semoga kita dapat "melihat" sedikit contoh sifat sifat yahudi yang perlu kita hindari dari perbahasan oleh ustaz muiz dlm part 1 dan part 2. .kerana sikap ini lah yang memjadi punca pada kelemahan islam itu sendiri..

Ayuh ..jom.. bersegeralah mentaati Allah dan RasulNya berdasarkan pada Al Quran dan Assunnah... berdoa dan berjuanglah bersama saf kepimpinan yg  berjuang demi Islam.. jangan lupa, Allah melihat pada usaha kita, penetapan kejayaan adalah milikNya.

Maaf... yang selepas nota ni kata kata satu sen saya..

wassalam
..ncs..