Pageviews past week

Wednesday, October 18, 2017

Asbab Teguhnya Iman - Ust Dato Dr Zahazan Mohamed




*cetusan Ustaz Dato Dr Zahazan*
~ kisah Pilot dan anaknya

Assalamu'alaikum.. tahniah subuh berjemaah dan sama2 usahakan utk 4 waktu selepasnya. .. sebelum terlambat. 

Di permudahkan Allah menjadikan hari cuti di tengah minggu sempena Deepabali semalam, sebagai hari yg agak lumayan dgn Majlis Ilmu. Bermula dr seusai subuh dgn majlis santai bersama Bob Lokman dan selepas itu, kuliah dhuha oleh Ustaz Dato dr Zahazsn. Kedua2 nya di penuhi oleh sebahagian besar warga BTHO tapi ada juga warga2 luar kelihatan bersama. Alhamdulillah, Allah memilih saya dan ahli keluarga menjadi sebahagian dr tetamu2 majlis ilmu itu. 

Seperti yg dijanjikan Allah, memang terasa satu ketenangan, pd masa yang sama mengharapkan akan diperlolehi rahmatNya. Terbayangkan bagaimana para Malaikat merendahkan sayapnya menaungi para tetamu dan ketika satu persatu nama2  mereka yg hadir disebut2 oleh ALLAH. Sesungguhnya, itulah antara yg Nabi saw juga telah bersabda perihal mereka yg berada di majlis ilmu. Inilah "roh" majlis ilmu yang kita sangat2 Allah resapkan dlm jiwa setiap muslim. 

Apatah lagi, dlm kuliah dhuha semalam, Ustaz Dato Dr Zahazan membahaskan perihal "Asbab teguhnya Iman". Salah saru dari usaha yg kita kena buat utk teguhkan iman adalah menimba ilmu. Semoga kita sama2 berusaha ke arah itu. 

"Barangsiapa yg Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan faqihkan ia dalam masalah agama (ini).” (Al-Bukhari dan Muslim).

Saya baru selesai menyunting Kuliah Subuh Ustaz Kamaruzamn utk perkongsian bersama, dan kalau ikut perancangan saya, saya nak kongsi kuliah Ustaz Abdul Muiz pula yg juga amat menarik..melihat perspektif hijrah dari sudut serah para mani2 lain selain dr nabi Muhammad saw. Tapi ada satu kisah yg di sampaikan oleh ustaz Daro Zahazan semalam yg perlu saya ceritakan utk pengajaran bersama. 

KISAH ANAK SEORANG PEMANDU KAPALTERBANG. 

BerKahwin dgn pramugari. Di anugerahkan 3 anak. Kemudian qada dan qadar Allah, mereka kemudianya bercerai. Sehingga anak dah dewasa dan masuk universiti. Berkahwin lain. Kemudian, ajak anak tinggal bersama dgn isteri barunya. Bila isteri berkemas bilik, banyak tanda2 murtad di dlm bilik anaknya yg sulung. Tapi dia tak percaya kerana anaknya sering mengikutinya utk kesurau dan majlis ilmu. Sehingga dia panggil anaknya bersemuka utk membuat pengakuan. Akhirnya, anakya mengaku Murtad sejak dari darjah 5. Kata anaknya, dia masuk kristian sebab orang2 kristian "caring" dan "loving". Orang islam pula suka cari pasal dgn agama2 lain. Dan anaknya Ikut ayahnya ke surau bersolat dan majlis ilmu, sebab dia sayangkan ayahnya, sedangkan iman dan roh islamnya dah tiada. Lalu selepas itu, dia menyuruh anaknya keluar dr rumah, kerana dia terlalu marah ( risau sebab dia ada pistol) dan memesan anaknya berhati meneruskan kehidupan, takut kalau mati akan mati kafir. Dan dia tidak akan mengaku itu adlaah anak orang islam. Lalu, pada masa yang sama, si pilot rujuk pd seorang pakar - yg dulunta kristian tapi kini islam. Si pakar menyuruh si pilot membawa anaknya bercuti bersama2  ke utara. Mereka berdua sahaja bercuti selama 2 minggu. Sepanjang percutian itu, si pakar berpesan kpd si pilot,  Jgn cakap pasal agama cuma peluk dan cakap dia sayang pd anaknya. Selepas selesai percutian itu. Si pilot memaklumkan pd si pakar. Ketika itulah, si pakar approached anak si pilot dan memulakan tugasnya bedepan dgn anak itu dan menceritakan tentang perbezaan islam dan kristian. Dia lebih tahu kerana dia dulu adalah kristian. Selepas beberapa siri pertemuan, akhirnya si anak berjaya di kembalikan islamnya. Alhamdulillah.. 

Itulah selingkar kisah yg di minta oleh si pilot sampaikan oleh ustaz Dato Dr pada semua ahli2 majlis ilmu dan saya sampaiakan di sini utk ibrah dan pengajaran kita bersama.

Akhir kalam, semailah bajailah iman kita dan jagalah ahli2 kita kerana pesan ustaz Dato Dr Zahazan :  "Islam ini jangan ikut2an. Nak jadi beriman kena berusaha utk menuntut ilmu. 
Iman kalau tidak di jaga akan rosak jika  Iman ada tapi nafsu dlm diri tidak di kontrol". Sama2 kita ambil iktibar dan semoga Allah jauhkan kita dan anak2 kita dan ahli masyarakat semua dari pemikiran liberal. 

Semoga bermanafaat.

Wassalam
*ncs*
#kupasanUstazAbdulMuizSelepasIni
#NotaKuliahDhuha


Doa Tambah Iman - Petikan Kuliah

No comments:

Post a Comment