Subscribe Channel Youtube Surau Al Amin . http://youtube.com/c/surauAlAmin
Video & Catatan Kuliah
Rakaman Video
Catitan & Ulasan dari hj Naza (AJK)
*Disebalik 10 ayat pertama Surah Al Kahfi*
(Inspired By Ustaz Abdul Mu’izz’s after-Fajr Lecture on 21 Jan 2018)
Part 1: Muqaddimah.
Assalamu’alaikum...
Berlalu
lagi sebuah WEEKEND, Januari semakin kepenghujung, menambahkan tua nya
usia bumi yg sekaligus juga memendekkan masa kita utk bertemu penghujung
kehidupan fana pula. Semoga kita tidak berhenti bertazkirah pd diri
sendiri tentang hakikat sebuah kehidupan di dunia fana ini.
*TAZKIRAH UTK DIRI SENDIRI...*
...Dunia oh Dunia..
Dunia diibarat padang permainan dipenuhi keseronokan dan kegembiraan .
“Sebenarnya ,kehidupan dunia itu adalah permainan ,kegembiraan, senda gurau,
perhiasan , bermegah2an antara kamu dan berbanyak2 dlm harta kekayaan dan anak pinak.”(Surah al-Hadid : 20)
Bagaimanapun,
kegembiraan tersebut adalah ujian menduga kekuatan dan iman manusia .
Oleh itu, sederhanalah dlm tindakan dan amalan .
“Sesungguhnya
Kami telah menjadikan apa2 yg ada di atas muka bumi sebagai perhiasan,
utk Kami menguji mereka, siapa di antara mereka itu yang baik amalannya
.”
(Surah al-Kahfi :7)
Semoga kita ada nilai2 utk termasuk sebagai “ mereka yg baik amalannya”.
*Disebalik 10 ayat pertama Alkahfi*
....Muqaddimah.
Pagi
semalam, bermula jam 640 pagi sehingga jam 745 pagi, saya membongkok
tanpa “mengah” kepala kerana fokus pd kuliah Ustaz Abdu Muiz mengambil
nota mengenai tadabbur 10 ayat Al Kahfi - “mengapa 10 ayat ini kita di
suruh tadabbur faham hafal dan baca utk mengelakkan diri dari Dajjal”...
Dari
Abu Darda’ r.a., Rasulullah SAW bersabda:"Jika sesiapa belajar dengan
'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah AlKahf, dia akan terlindung dari
fitnah Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda,
"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal." (Hadis Riwayat Ahmad)
Memang
satu kupasan yg cukup baik dr Ustaz Abdul Mu’izz utk kita sedari kenapa
nabi berpesan spt di atas. Dan utk pagi ini saya tidak berkemsempatan
utk “share” nota yg panjang ini kerana kesuntukan masa untuk “editing”.
Utk pagi kita sama2 hayati Muqaddimah dr Ustaz Abdul Mu’izz ogi
semalam.
Sebagai muqaddimahnya, ustaz abdul Mu’izz mengaitkan surah sebelum surah al kahfi yaiitu surah al Israk.
“Permulaan
kedua2 Surah ini - Al Israk dan AlKahfi dimulakan dgn zikir spt yg di
ajar nabi - “Subhanallah” dan “Alhamdulillah”.
Surah
israk juga di kenali di kalangan sahabat sbg “surah israel” kerana
banyak sejarah, perangai, sikap, nasib bani israel di dlmnya.”
“Sheikh Mu’rawi: Surah kahfi berkembar dgn surah israk. Sebab ianya di mulakan dgn pujian2 pd Allah”
“Sebelum
mentelaah alkahfi kita belajar dulu tentang siapa israel dlm israk.
Dajjal muncul dlm peribadi spt israel. Dan tempat2 berlaku kejadian
akhir zaman - Masjidil Haram tempat baiah Imam mahadi, Masjidl Aqsa -
tmpt konflik sehingga kini. Dari Sg fura’ hingga Sg Nil, inilah Kawasan
yang israel nak kuasai sangat”
“...di
awal Surah Alkahfi- Allah puji atas diriNya dan perakui Muhamad saw sbg
hamba Allah - tiadalah perakuan hebat ini. Allah puji dgn gelaran
“hamba” pd nabi saw kerana Allah nak letakkan nabi pd sudut ubudiyyah
utk kita tiru dan mampu di lakukan oleh manusia. Malangnya, kita selalu
sibuk puji ttg nabi pd perkara yg kita tidak boleh tiru. Manhaj al
Quran, kita kena tiru nabi pd sesuatu yg boleh kita tiru terutama pd
sudut ubudiyyah. Tiada Alasan utk ini. Ada yang kata - itu nabi, kita
bukan nabi. Tp ingatlah inilah hikmah Allah jadikan nabi dr kalangan
manusia utk membolehkan kita tiru perangai nabi”
.... in syaa Allah, esok kita lihat kupasan UAM utk ayat pertama surah al Kahfi...
*Akhir kalam di pagi ceria ini..*
Sama2
kita pergiatkan usaha memastikan kita tidak di kuasai oleh dajjal
sewaktu kemunculannya. Ketika masih boleh berupaya ini, kena lah usaha
kerana ayat2 dari Surah ini mengajak kita utk benar2 berpegang pd Islam
mulai dr sekarang utk mengelak di kuasai dajjal di masa depan.
Moga berjaya, jangan tinggal takdir kerana Allah melihat pd usaha.
...jumpa esok pula..
Wassalam
*ncs*
# TiadaPunPerkataanDajjalDi10Aya tAwalSurahAlkahfi
*Part 2 : Disebalik 10 ayat Pertama SurahAlKahfi*
(Inspired By Ustaz Abdul Mu’izz’s After-Fajr Lecture on 21st Jan 2018)
-Intro pd Surah Kahfi.
Assalamu’alaikum- sharing is caring
Ketika
timbul rasa dalam hati mereka yang mungkin Muhammad itu memang seorang
Rasul, takut juga kalau Muhammad itu benar seorang Rasul dan kalau
mereka tak ikut dan tolak baginda, mereka dah buat satu silap besar.
Jadi bagaimanakah mereka nak pastikan benar atau tidak? Lalu mereka
rujuk pendita Yahudi kerana Yahudi ada kitab Taurat dan Quraish walaupun
ikut saki baki ajaran Nabi Ibrahim, tapi tiada kitab rujukan.
Satu
rombongan di hantar Madinah. Dan mereka bertanya pd Yahudi macam mana
nak tahu samada Muhammad itu benar atau bohong? Pendita Yahudi suruh
mereka tanya Nabi Saw tiga soalan. Kalau dia jawap dua dan tak jawap
satu, maka dia adalah Nabi sebenarnya.
Soalan
pertama adalah tentang pemuda yang tinggal di dalam gua, soalan kedua
tentang roh dan soalan ketiga tentang Zulkarnain. Balik Mekah, mereka
jumpa Nabi dan soalan2 itu. Nabi jawap baginda akan memberikan jawapanya
esoknya, dan suruh mereka datang esok. Nabi tidak sertakan kalimah
‘Insya Allah’. Esoknya Quraish datang dan Nabi senyap tak dapat jawap
sebab belum dpt wahyu dari Allah. Harii2 mereka datang jumpa mengejek
Nabi sebab tak dapat beri jawapan. Mengikut riwayat, kejadian itu
berlangsung 15 hari.
Nabi
diuji tidak tidak diberikan jawapan kepada soalan2 itu kerana tidak
sebut ‘in sha Allah’. Inilah tanda Nabi memang tak tahu ilmu
ghaib,selagi tidak di wahyu Allah, baginda tidak tahu.
Ini
berbeza dgn kita sekarang, sampai ada yang boleh kata tok guru tahu
ilmu ghaib, tengok muka anak murid dah tahu apa anak murid itu telah
buat, apa yang dalam anak murid itu. Ini sebenarnya sudah termasuk
‘syirik dalam ilmu’. Nabi sendiri tak tahu ilmu ghaib, tapi bagaimana
tok guru pula boleh tahu? Adakah tok guru itu lebih tinggi ilmunya dari
Nabi?
Ayat 1:
الحَمدُ ِلِلهِ الَّذي أَنزَلَ عَلىٰ عَبدِهِ الكِتٰبَ وَلَم يَجعَل لَّهُ عِوَجًا
Segala
puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan pd hambaNya (Muhammad),
Kitab suci Al-Qur’an, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang
bengkok(terpesong).
الْحَمْدُ ِللهِ
Pujian
itu milik Allah dan hanya patut diberi pd Allah. Bukan kepada Nabi,
wali, malaikat atau jin. Bagaimana pun kita puji makhluk lain, kita
sebenarnya memuji Allah. Kalau kita puji seseorang itu cantik,
sebenarnya kita puji Allah juga kerana Allah lah yang telah menjadikan
orang itu cantik. Allah puji diriNya sendiri dalam ayat ini dan Allah
ajar kita bagaimana cara untuk memuji DiriNya.
Surah ini juga dimulai dengan kalimah Alhamdulillah.
الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتٰبَ
Yang menurunkan kepada hambaNya, kitab Qur’an;
Lihatlah,
apabila Allah berkata segala pujian itu milikNya, Nabi Muhammad yg
menerima wahyu ini tidak disebut nama dan pangkat, hanya disebut
perkataan ‘hambaNya’ saja.
Allah memuji DiriNya
sendiri kerana Dialah yg menurunkan Qur’an yang mulia kepada Nabi yang
mulia untuk disampaikan kepada umat yg Mulia. Qur’an itu adalah nikmat
yang maha besar yang Allah berikan kepada makhlukNya yg mengeluarkan
manusia dari kegelapan kesesatan pd cahaya kebenaran.
Dalam ayat inil, tiga perkara pokok AlQur’an: Allah, Rasul dan Kitab.
Segala
pujian adalah hanya utk Allah. kalau kita memuji apa sahaja, ianya akan
kembali kepada Allah. Ini mengajar kitarendahkan diri kita kalau ada
sesiapa yang memuji kita, kerana kalau ada apapun yang baik pada diri
kita, ianya adalah dari Allah semata2.
Jangan kita
ambil mudah dengan Qur’an ini. Ianya datang daripada Allah. Maka kenalah
kita perhatikan dengan belajar tafsir Qur’an supaya kita dapat faham
apakah yang Allah kehendaki dari kita.
وَلَمْ يَجْعَلْ لَّهُ عِوَجًا
Tidak
mungkin sama sekali dalam Qur’an ada perselisihan. Ini berbeza dgn
kitab agama lain yang mempunyai banyak sangat kesilapan dan kekeliruan
di dalamnya.
Qur’an memberi cabaran kepada manusia
untuk mencari kesilapan yang ada dalam Qur’an. Cabaran itu diberikan
dari dulu lagi, tapi tidak ada yang dapat mencari kesilapannya kerana
tidak ada. Itulah yang hendak disampaikan dalam ayat ini. Alquran
membawa kepada jalan yang lurus, bukan jalan yang bengkok.
Akhir
kalam, utk ayat pertama ini, Ustaz UAM merumuskan kalau nak lari dari
jadi pengikut dajjal perkara pertama nak kena buat adalah ikut Sentiasa
ikut Al Quran. Ertinya kena terus terusan istiqomah memuji Allah dan
ikut apa yang disarankan oleh Al quran.
In syaa Allah, jumpa lagi utk ayat kedua esok. Semoga di permudahkan Allah.
Wassalam
Edited by
*Ncs*
#JauhLagiPerjalanan
*Part 3: Disebalik 10 ayat Pertama SurahAlKahfi*
(Inspired By Ustaz Abdul Mu’izz’s After-Fajr Lecture on 21st Jan 2018)
-Ayat 2 -5.
Assalamu’alaikum..
Sambungan.. sharing is caring.
Semoga
ada cita2 akhirat utk kita kendong ketika di dunia. Kekalkan hidup
bersama Al Quran, jadikan ianya sebagai dalil dlm setiap ilmu agama.
Ayat 2
قَيِّمًا
لِّيُنذِرَ بَأسًا شَديدًا مِّن لَّدُنهُ وَيُبَشِّرَ المُؤمِنينَ
الَّذينَ يَعمَلونَ الصّٰلِحٰتِ أَنَّ لَهُم أَجرًا حَسَنًا
“(Bahkan
keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya AlQur’an utk
memberi amaran (kpd yang ingkar) dgn azab yg seberat2nya dari sisi
Allah, dan memberi berita gembira pd yg beriman yg mengerjakan amal2
soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yg baik”
•bahkan
keadaan Alquran - sesuatu yg tegak dan teguh ; bawa manusia ke arah
jalan yg lurus, tidak boleh diubah dan memberi peringatan pd manusia.
Ini adalah bandingan dgn kitab2 lain sebelum Qur’an. Kitab2 itu diubah
oleh pemuka2 agama sebelum Islam. Rujuk kisah bagaimana Injil/Bible di
ubah oleh Paulus sehingga lahir agama kristian. Oleh kerana ianya telah
diubah, maka penganut2nyq telah jatuh sesat. Tetapi tidak Al Qur’an,
akan tetap berdiri tegak, dari dahulu sampailah ke akhir zaman.
•Ajaran
al quran yg lurus berdikari memisahkan antara yg benar dan salah. Yg
beriman adalah meraka yg soleh. Memisahkan benar dan salah, inzar dan
absyi, ancaman dan berita gembira.
Manusia suka pd
orang baik. Nabi sendiri ketika nabi soleh semua suka tp bila nabi jadi
“musleh”, bermulalah dia di benci. Islam suruh kita jadi musleh. Inilah
tugas supaya tidak keliru. Hari ini dakwah banyak cerita ttg berita
gembira sahaja tp tidak ada ancaman. Nabi pd mula2 jadi nabi pun - ya
ayyuha mudathir di berikan ancaman. Dakwah hari ini perlukan elemen
ancaman bukan motivasi semata. Kufur adalah kufur sesat tetap sesat.
Berita tentang fitnah Dajjal ini diberikan kepada semua manusia, bukan
pd orang Islam sahaja. Ianya telah disampaikan oleh para Nabi zaman
berzaman.
Ayat 3:
مّٰكِثينَ فيهِ أَبَدًا
“Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama2nya”.
Inilah
cita2 akhirat. Panjangkan cita2 akhirat- kekal selama2nya. Semoga baik
didunia dan akhirat. Jangan hanya wawasan dunia tp bawalah wawasan
akhirat. Kalau hanya ada wawasan dunia, bila dajjal tiba kita akan jadi
pengikutnya kerana syurga dajjal adalah neraka sebenarnya, neraka dajjal
adalah syurga sebenarnya.
Ayat 4:
وَيُنذِرَ الَّذينَ قالُوا اتَّخَذَ اللهُ وَلَدًا
“Dan juga Al-Qur’an itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.
Dalam
surah Isra’ sebelum surah Kahf ini, perbincangan banyak berkenaan
Bangsa Yahudi. Kali ini memperkatakan tentang Orang Kristian pula.
Yahudi
mendakwa uzair anak Allah, kristian sakes isa anak Allah. Dua2 ini
adalah musuh islam sehingga akhir. Yahudi & nasrani ni hanya akan
redha pd islam sehingga kita ikut doctrin mereka. Hadis lain - tentang
muslim akan ikut perangai yahudi nasrani ni hatta yahudi masuk ke lubang
biawak pun akan diikut. Kita islam akan sesat sedikit demi sedikit.
Sistem, budaya, hiburan ilmu. Jadi, Ayat ini me gambarkan Syarat nak
selamat dari dajjal, kita kena tahu musuh islam siapa.
Ayat 5:
مّا لَهُم بِهِ مِن عِلمٍ وَلا لِآبائِهِم ۚ كَبُرَت كَلِمَةً تَخرُجُ مِن أَفوٰهِهِم ۚ إِن يَقولونَ إِلّا كَذِبًا
“(Sebenarnya)
mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga
bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar
dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.”
•Tidak
ada dalil langsung mengatakan Nabi Isa itu adalah anak Tuhan.
Sebenarnya, bukan semua orang Kristian berpendapat Nabi Isa itu anak
Tuhan. Itu kenyataan yg baru dibentangkan di persidangan mereka tahun
312. Di persidangan itu, ada dua puak bertelagah. Yg satu, Nabi Isa
jalan manusia Nabi dan yg satu lagi, mengatakan Nabi Isa adalah anak
Tuhan. Maka, udian dijalankan, dan yang menang adalah puak “Jesus anak
Tuhan.” Bayangkan, akidah diselesaikan dgn cara undian! Bukannya pakai
dalil. Ingatlah bahawa apa2 ilmu ugama, kena bawa dalil dan dalil itu
mestilah dari Qur’an dan dari hadis. Barulah dikatakan dalil yg
diterima. Tidak boleh kita nak terima hujah akal dlm hal agama.
Cukup
dulu utk pagi ini, semoga masuk ke dlm aliran darah “kita” kisah2 ini
utk menjadikan kita semakin kuat berusaha bukan sekadar menanti.
Akhir
kalam, pasanglah cita2 akhirat utk kita kendong ketika di dunia.
Kekalkan hidup bersama Al Quran, jadikan ianya sebagai dalil dlm setiap
ilmu2nya.
Jumpa lagi.. ayat 6-10 dan kesimpulan.
Edited by
*NCS*
#JomHafalPdMasaYgSama
Part 4: Bahagian Akhir
*Disebalik 10 ayat Pertama SurahAlKahfi*
(Inspired By Ustaz Abdul Mu’izz’s After-Fajr Lecture on 21st Jan 2018)
-Ayat 6-10.
Assalamu’alaikum..salam
barokah salam Jumaat. Sama2 manafaatkan kelebihan hari jumaat spt yg di
sebut dlm alQuran dan Hadis2 Nabi Saw. Alhamdulillah..akhirnya, tiba di
penghujung pengisian, sebanyak 4 bahagian utk kuliah selama 1 jam 08
minit ini. Semoga ada manafaat.
SARANAN
SAYA, KALAU TAK NAK BACA TAFSIR AYAT 6-10, tapi BACALAH KESIMPULAN DAN
SAMPAIKAN. Semoga kita semua selamat.. ada rezeki bertegur sapa di
akhirat nanti, kalau tak.. nafsi nafsi.
Sambungan ...(Bahagian Akhir)
Ayat 6:
فَلَعَلَّكَ بٰخِعٌ نَّفسَكَ عَلىٰ ءآثٰرِهِم إِن لَّم يُؤمِنوا بِهٰذَا الحَديثِ أَسَفًا
“Maka
jangan2 pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan
menanggung dukacita terhadap kesan2 perbuatan buruk mereka, jika mereka
enggan beriman kpd keterangan AlQur’an ini”
Ayat
ini ditujukan pd sesiapa yg sampaikan tauhid Allah. Seawalnya, ayat ini
ditujukan pd Nabi yg amat bersedih, kaumnya tidak mahu menerima ajakan
tauhid darinya. Sehingga ganggu emosi yg sampai pd tahap teruk. Nabi
Muhammad atas kesedihannya, teruk sampai membawa seolah2 mati. Nabi
sedih sangat kerana Islam sentiasa kelihatan seolah salah. Janganlah
kamu membinasakan diri kerana putus asa.
Ayat 7:
إِنّا جَعَلنا ما عَلَى الأَرضِ زينَةً لَّها لِنَبلُوَهُم أَيُّهُم أَحسَنُ عَمَلًا
“Sesungguhnya
Kami telah jadikan apa yg ada di muka bumi sbg perhiasan baginya,
kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah diantaranya lebih baik
amalnya.”
Allah pujuk
Nabi supaya jgn bersedih kerana dunia ini adalah ujian dan tetap ada yg
tersangkut dgn ujian. Segala apa yg ada di atas bumi adalah ‘makhluk’ yg
dijadikan Allah. Dunia ini dijadikan tempat ujian. Bukan tempat tinggal
kekal. Manusia rosak jika mereka hanya melihat material sahaja. Mereka
yg mementingkan materialism, akan memandang betapa cantiknya dunia ini
dan melupakan hal2 akhirat. Inilah yang akan menjadikan dajjal sangat2
ditakuti kerana ia dtg membawa materialisma. Maka, jika kita “menganut”
materialism kita akan menjadi makanan dajjal.
Dunia
asalnya tidak lawa tapi kita di pakai dgn “nafsu”. Ancaman materialism
mencabar manusia : mana2 yg tidak menjanjikan kekakayaan adalah salah.
Jauh kan diri dr phylosopy ini.
Allah
bukan nak lihat siapa boleh buat amalan ‘terbanyak’, tapi yg ‘terbaik’.
Buat sikit ibadat, tapi terbaik. Bersiap diri utk berdepan dajjal dgn
amalan2 berkualiti. Jalan keluar adalah sentiasa dlm islam..
Ayat 8:
وَإِنّا لَجٰعِلونَ ما عَلَيها صَعيدًا جُرُزًا
“Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus”
Tidak
syak lagi, Allah akan buat. Jangan ada perasaan dlm hati kita yg Kiamat
tidak akan berlaku. Ianya PASTI akan terjadi. Bumi yg kelihatan cantik
ini akan musnah menjadi padang jarak padang terkukur. Jangan kejar dunia
sangat, nanti rugi dan akan mudah di kuasai dajjal senang2 dan rugi
akhirat.
Ayat 9:.
أَم حَسِبتَ أَنَّ أَصحٰبَ الكَهفِ وَالرَّقيمِ كانوا مِن ءآيٰتِنا عَجَبًا
Adakah
engkau menyangka, bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu
sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan
Kami?
•Intipati kisah Pemuda Kahfi
Arrakim.
- banyak tafsiran ada yang kata nama Anjing yg bersama pemuda2 didlam
gua, ada kata nama gua, ada yang kata nota2 ilmu pemuda ini. Mereka ini
tidak semoat belajar tapi terpaksa lari kan diri utk kekal bersama
islam. Pemuda2 ini adalah pemuda2 yg masih muda masih mencari identiti -
krisis identiti umur 15 -18. Cerita ini mengajar kita utk tidak senang
terpengaruh. Dlm usia pemuda2 ini yang sedang cari identiti tapi mereka
istiqamah hendakkan islam.
Jangan
mudah terpengaruh, tetap dgn islam. Kisah Ini bukan setakat pasal masuk
gua sahaja. Walaupun masyarakat didominasi oleh kesesatan budaya salah
tapi tetap lah dgn islam, jangan terpengaruh. Inilah intipati dan
kejayaan asha bul khafi. Inilah kejayaan pemuda2 ini walaupun mereka ini
kelihatan spt “loser”, lari ke gua dgn hanya ada ilmu cukup2 makan,
berdakwah pun tak sempat.
Kekuatan Inilah yg di perlukan utk berdepan dgn dajjal. Jangan mudah terpengaruh !
Ayat 10:
إِذ أَوَى الفِتيَةُ إِلَى الكَهفِ فَقالوا رَبَّنا ءآتِنا مِن لَّدُنكَ رَحمَةً وَهَيِّئ لَنا مِن أَمرِنا رَشَدًا
“(Ingatkanlah
peristiwa) ketika serombongan orang2 muda pergi ke gua, lalu mereka
berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan
berilah kemudahan2 serta pimpinan pd kami utk keselamatan ugama kami”.
Ketika Allah ilhamkan pemuda2 asha bul kahfi utk lari masuk ke gua menyelamatkan diri dari kesesatan, meraka telah berdoa :
“Wahai
Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah
kemudahan2 serta pimpinan kpd kami utk keselamatan ugama kami”
Inilah
doa ketika islam minoriti di tindas, doa ketika berdepan islamphobia,
ketika kesesatan kebatilan mendominasi dan dianggap benar. kita
hendaklah beramal dgn doa ini pd hari ini kerana situasi kita semakin
spt pemuda2 alkahfi.
*KESIMPULAN*
10 ayat awal ini adalah benteng dajjal.
Persoalannya:
Dalam 10 ayat ini ada perkataan dajjal tak ? Takde kan. Tapi kata nabi
Inilah ayat pembenteng dari dajjal. Ini kerana methodologi al quran,
menyelamatkan diri dari dajjal bukan semata2 kena kenal dajjal tapi kena
tahu kaedah utk tidak terpengaruh dgn dajjal. Jangan pula kita asyik
bercerita pasal dajjal tapi perangai kita pun macam dajjal.
KAEDAHNYA
adalah : istiqomah, jelas dlm membezakan yg benar dan salah, cita2
akhirat jgn keduniaan sangat, kena kenal musuh - yahudi kristian - jgn
terpengaruh dgn mereka, kena tahu proxi fungsi ilmu propaganda perang
saraf yg dilancar pd umat islam, tekanan psikologi yg dikenakan pd umat
islam yg menyebabkan kita tension sehingga merasa inferior dgn anutan
islam kita, jangan terpengaruh dgn “materialism” - anutan kebendaan -
melahirkan golongan materialisik yg sanggup ikut walau salah semata2
nakkan pulangan kebendaan semata2 nak hidup walaupun salah batil tapi
nak hidup punya pasal, Allah suruh kita pikir panjang - dunia yg kita
kejar akan musnah, Allah cerita tentang asha bul kahfi - jgn terpengaruh
- jadilah macam asha bul kahfi walaupun tak belajar tinggi jgn belajar
tinggi tp mudah terpengaruh dan berdoalah dgn spt doa di ayat ke 10
kerana kita berdepan dgn islamphobia...
Sekadar itu saja, moga2 Allah me berikan kita ilmu yang berkat dan sama2 cari ruang dan masa utk beramal.
Allahumma balaghna fashad ya Allah ...
ya Allah kami sudah sampaikan Ya Allah saksikanlah...
semoga manfaat maaf jika ada salah silap.
Wassalam
Edited By :
*Ncs*
# AlhamdulillahTamatTafsir10Ayat PertamaAlkahfi
#EsokSedikitCeritaGog& MagogBersamaUstazShukriHarun
No comments:
Post a Comment