Pageviews past week

Thursday, September 29, 2022

Friday, January 3, 2020

Hilang Sebuah Permata lagi.. Allahyarham Ustaz Mohd Adlan Abdul Aziz

Semalam 2 January 2020 kami di kejutkan dengan berita yang mengatakan guru hadis kami Ust Adlan telah meninggalkan kami buat selamanya. Semoga di kurniakan kedudukan yang terbaik disisiNYA insyaAllah.



Berikut adalah tulisan saudara Nazarudin Che Salleh, jemaah tetap surau Al Amin :


Hilang Sebuah Permata lagi.. Allahyarham Ustaz Mohd Adlan Abdul Aziz - Ibrah untuk kita semua....

Assalamu’alaikum..

Sebuah kematian. Satu tokoh hadis yang sentiasa tegas dengan penyampaian nya. Di pertontonkan Allah satu kisah suasana selepas sebuah kematian; yg hadir memenuhi ruang masjid Kajang tengahari semalam bukan calang calang: alim ulama’, para assatizah lulusan Jordan, kelibat sahibus samahah Mufti WP juga kelihatan, Dr Zahzan pula solat zohor pula satu saf dengan saya. Ruang parking memenuhi segenap ruang lapangan luar masjid. Berderet kereta memakir di atas rumput bahu jalan di sekeliling masjid. Itulah yang Allah pertontonkan sebagai satu contoh.

Betapa bahagianya jenazah Ustaz Mohd Adlan Abdul Aziz [yang disahkan pergi meninggalkan dunia jam 4 pagi semalam selepas tiga saluran jantungnya di “post mortem” kan dah tersumbat 90% setiap satu] kerana ketika disolatkan oleh 40 orang atau lebih, di mana mereka ini semua pastinya tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapaun, malah mengikhlaskan doa kepadanya. Semoga Allah memberi syafaat kepada mayat ustaz Mohd Adlan  dengan berkat Jemaah.

Selamat tinggal dunia, selamat datang barzakh,
buat mu wahai Ustaz yang sekian lama telah menjadi murabbi hadis kami jemaah surau Al Amin BTHO. Dan saya secara peribadi mula megenali beliau sejak 2010 dan ada banyak kali sempat berbincang dengan beliau terutama selepas kuliah subuh. Pernah sekali ianya menjangkau ke jam 8 pagi. Sempat hadiri daurah hadis nya sebanyak dua kali. Kini, kekosongan di tinggalkan beliau di surau Al Amin btho adalah bertallaqi dgn kitab
“Syamail Muhammadiyah”.
Dan dia memang tekenal sebagai ustaz yang tidak pernah jemu untuk belajar kerana terusan bertallaqi dengan sheikh2 hebat dari Timur Tengah, terutama dalam ilmu hadis. Dan kemudianya berkongsi dengan kami disini. Satu kehilangan...

Macamana dengan kita yang masih hidup?

Untuk kita yg masih hidup,
Siapa antara kita yg peduli dengan cara dan sambutan selepas kematian kita pada waktu sekarang? Ramai yg tidak kisah TAPI ingatlah wahai NCS dan sahabat sahabat nya, jgn sampai kita merayu pula dengan Allah nanti utk kembali ke dunia ini nanti..

Assajadah : ayat 12

وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ

“ Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (keadaan malu dan hina, sambil merayu) "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin".

Ambillah sedikit ibarah wahai NCS dan teman teman dari sebuah kisah kematian hebat ini. Tanam kan cita cita untuk mati sebaik baiknya, biar roh kita “gembira” ketika melihat para hadirin yang datang menziarahi kematian kita. Mudah2an “kegembiraan”
itu menjadi tanda pada sebuah kematian yang mana syurga adalah milik kita.

Teringat pula pada pesan
Habib Al Najjar dalam surah yassin selepas dia dilihatkan syurga selepas di bunuh..

Yassin:26

قِيلَ ادْخُلِ الْجَنَّةَ ۖ قَالَ يَا لَيْتَ قَوْمِي يَعْلَمُونَ

“ (Setelah ia mati) lalu dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam Syurga". Ia berkata; "Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui”

Jadilah kita “orang yang mengetahui” ... aaamin.

Dan syarat paling penting bagi mendapat husnul khatimah ialah mati dalam keadaan menganut agama Islam. Berdoalah untuk ini.

Salam takziah pada ahli keluarga Ustaz Mohd Adlan.
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Al fatihah untuk beliau...

Akhirul kalam..

Untuk kita, teruskan berdoa:

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة

“Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah”

..“cemburuilah” kematian para ‘alim dan ulamak.

Sahabat dikasihi Allah sekalian, untuk memastikan amalan kebaikan yang dilakukan berkekalan sehingga ke penghujung hayat, jagalah niat agar sentiasa bersih daripada sebarang penyakit hati.

Dlm kitab Ihya’ Ulummiddin, Imam Ghazali menukilkan:

“ Siapa yang belajar dan kemudiannya beramal, mengajarkan atau mengajak orang kepadanya, dia akan digelar sebagai orang yang agung di langit.”

Tak nak kah kita?

Semoga bermanafaat..
WaAllahu a’lam.

Wassalam.

Nukilan: NCS


Kuliah Bersama Beliau

Sepanjang beliau mengajar kitab Hadis di surau kami:

1. khatam Jilid 1 Hadis Tirmidhi bersama beliau - tiada rakaman
2. Sebahagian Jilid 4 Hadis Tirmidhi 
3. Syamail Muhamadiyyah sehingga hadis # 263









Friday, April 12, 2019

Jangan salah Pilih Kawan


RAHSIA KEMATIAN
•Bagaimana kita mati..

Kuliah Ustaz shahrizan. Jangan salah pilih kawan

Assalamu’alaikum.
Salam jumaat buat dunia keseluruhanya. Jom bangkit dengan satu semangat baru untuk hidup hanya kerana Allah. 

Syukur kerana masih ada peluang untuk berada di tempat yang baik di waktu yang baik. Mudah2an kita akan bertemu kematian yang baik. Kita selalu berdoa semoga kita mendapat pengakhiran yang sangat baik. Doa husnul khatimah. 

اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ

" Ya Allah , Akhirilah hidup kami dengan Islam, Akhirilah hidup kami dgn membawa Iman, akhirilah hidup kami dengan Husnul Khotimah "

Inilah cita cita agong setiap pemilik insan yang bertitle muslim. Andai kita  tiada cita cita ini, maka ; tunggulah saatnya. 

Semalam, di surau al amin, ustaz shahruzan membawa satu tajuk : 

RAHSIA KEMATIAN. 

Di antara rahsia kematian adalah kita tidak tahu bila kita akan mati, di mana kita akan mati dan bagaimana kita akan mati. Banyak sekali kisah kisah di sebut oleh ustaz. In shaa Allah, akan ada beberapa siri nota untuk tajuk ini yang akan saya kongsikan disini, moga memberi manafaat pada saya terutamanya. 

“Tiap tiap umat mempunyai ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak dapat pula mendahuluinya"
(Surah Yunus:49)

Untuk pagi ini, saya nak share satu kisah di bawa oleh ustaz sharizan yang menceritkan bagaimana seseorang itu telah tersalah memilih cara penghujung nyawa hanya kerana tersalah pilih kawan. 

Kisah Uqbah bin abu muith

Kisah ini berlapikkkan pada surha Al furqan 27 - 29.

kisah uqbah bin abu
Muiith. Kisahnya, dia ketika itu masih kafir, buat kenduri. Pantang orang arab, kalau tetamu tak jamah makanan, satu aib bagi mereka tapi juga jangan habiskan makanan itu. Suatu hari Nabi saw dijemput, dan nabi tak jamah makanannha. “Ya nabi kenapa tak makan tak sedap ke” uqbah, jawab nabi, “ aku tidak sesekali makan selagi kamu tak lafaz kalimah lailahaillallah”. Lalu uqbah bersetuju untuk masuk islam tapi suasana kecoh kerana kawanya yang jahat, ubai bin khalaf menyebarkan cerita dengan cerita fitnah. Lalu ubai uqbah jumpa ubai ceritakan oleh uqbah apa yang berlaku. Lalu ubai putuskan hubungan mereka - haram pipi aku bersentuh dengan mu - selagi kamu tidak ludah atas muka nabi. Lalu uqbah cari nabi meludah pada nabi, tapi ludah itu terpancul ke muka uqbah sehingga ada kesan hitam. Lalu nabi kata “ kalau aku jumpa kamu di luar mekah akan aku pancung kamu”
( ketika itu islam belum kuat). Perang badar berlalu, antara tawanan perang adalah uqbah. Lalu nabi arah ali pancung uqbah.
Inilah akibat salah pilih kawan. Inilah orang yang zalim. 

Akhir kalam

Punca manusia mati dlam kekufuran, kata abu amar dalam bukunya:  perjalanan menuju akhirat, Dalam bab mati dalam kufur, ini kerana manusia mendampingi kawan kawan yang tidak baik untuk mereka.

Kita boleh berusaha..

Salam jumaat..

Wassalam
Ncs

Tuesday, September 11, 2018

Monday, September 10, 2018

Syubahah - Ust Idris Ahmad



Tips dari Ustaz Idris Ahmad


Abu Lis Assamarkandi telah letak tanda warak (bagi yg memburu warak)

1. Jaga lidah dari ghibah (mengumpat) 

[Nota: Berkata betul tapi tidak disukai oleh pendengar atau tuan badan sekalipun. Ada juga exit clause spt yg di tulis imam nawawi dan imam al ghazali. Antaranya, seorang perempuan nak mintak pengadilan di depan hakim, maka dia kena ceritakan hal2 buruk. Juga dalam  proses menjodohkan anak2 ketika di tanya hal sifat perangai nya. Begitu juga dlm soal memilih ketua]

2. Tinggalkan suul zon ( sangkaan jahat)


[Nota: hendaklah kamu tinggalkan sangkaan jahat kerana sebahagian sangkaan jahat itu adalah dosa. Bila tengok orang kita sangka jahat pd nya, kadang2 ianya terpancul di mulut walaupun mulanya hanya di hati. Berhati2 dgn urusan ini diakhir zaman ini kerana khuatir ada kes spt melepaskan anjing yang tersepit. Mintaklah petunjuk Allah sebelum bertindak itu yg terbaek. Zaman ini pula media sosial amat senang untuk mencipta persepsi. Tambah2 lagi bila manusia senang menerima sesuatu pada first impresion, sebab tu Allah laknat orang yang menfitnah]

3. Menghina orang


[Nota: firman Allah: jangan kamu hina orang lain mungkin kawan yg kamu hina itu lebih baik dari kamu. Mungkin dari segi amalan,  akhlak dan taqwa]

4. Memejamkan mata 


Nota: kita jaga diri zina tapi bagaimana dgn zina mata. Kalau puasa tu macam2 pandangan yang membuatkan puasa kita spt Balik modal makan pangkal.

5. Berkata benar


Nota: bila berkata berkatalah kamu dgn benar

6. Ingat nikmat yang di beri adalah dari Allah. 


Jangan sombong dgn nikmat, Allah boleh tarik nikmat2 itu. Sebaliknya bersyukurlah dengan nikmat Allah

7. Membelanjakan harta untuk yang hak/benar. 


Tidak di bazirkan pd perkara yang tidak menepati pada apa yang Allah kurniakan pd kita. Firman Allah: adapun nikmat Aah itu hendaklah kamu tunjukkan. Kena zahirkan nikmat Allah. Nabi pernah tegur sahabat yang berharta tapi pakaian nya companh camping. Tapi ketika menzahir nikmat janganlah membazir.

8. Tidak mengharapkan kedudukan dan kalau ada pun tidak sombong.


 Inilah zuhud. Ingatlah kedudukan kita ini tidak akan kekal sampai masa kita akan tamat masa kemuncak kita.

9. Menjaga waktu solat 5 waktu sempurna dari segi ruku dan sujudnya.


Nak lihat warak nya seseorang lihat lah solat seseorang ketika ruku dan sujudnya. Jagalah solat awal waktu.

10. Istiqamaah ikut sunnah nabi dan ajaran islam. 


Kekal bersama ajaran nabi dan islam berdasarkan hadis dan al quran.

Moga bermanafaat utk kita menuju alam abadi.

Soalan:

Jadi Masbuk dah kira lalai: peringkat tasauf

Moga ada yang berusaha untuk jadi warak

Wassalam

Sunday, January 21, 2018

Di sebalik 10 Surah Pertama Surah Al Kahfi


Subscribe Channel Youtube Surau Al Amin . http://youtube.com/c/surauAlAmin

Video & Catatan Kuliah

Rakaman Video






Catitan & Ulasan dari  hj Naza (AJK)

*Disebalik 10 ayat pertama Surah Al Kahfi*

(Inspired By Ustaz Abdul Mu’izz’s after-Fajr Lecture on 21 Jan 2018)

Part 1: Muqaddimah. 


Assalamu’alaikum...

Berlalu lagi sebuah WEEKEND, Januari semakin kepenghujung, menambahkan tua nya usia bumi yg sekaligus juga memendekkan masa kita utk bertemu penghujung kehidupan fana pula. Semoga kita tidak berhenti bertazkirah pd diri sendiri tentang hakikat sebuah kehidupan di dunia fana ini. 

*TAZKIRAH UTK DIRI SENDIRI...*
...Dunia oh Dunia..

Dunia diibarat padang permainan  dipenuhi keseronokan dan kegembiraan . 

“Sebenarnya ,kehidupan dunia itu adalah permainan ,kegembiraan, senda gurau,
perhiasan , bermegah2an antara kamu dan berbanyak2 dlm harta kekayaan dan anak pinak.”(Surah al-Hadid : 20)

Bagaimanapun, kegembiraan tersebut adalah ujian menduga kekuatan dan iman manusia . Oleh itu, sederhanalah dlm tindakan dan amalan .

“Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa2 yg ada di atas muka bumi sebagai perhiasan, utk Kami menguji mereka, siapa di antara mereka itu yang baik amalannya .”
(Surah al-Kahfi :7)

Semoga kita ada nilai2 utk termasuk sebagai “ mereka yg baik amalannya”.

*Disebalik 10 ayat pertama Alkahfi*
....Muqaddimah. 

Pagi semalam, bermula jam 640 pagi sehingga jam 745 pagi, saya membongkok tanpa “mengah” kepala kerana fokus pd kuliah Ustaz Abdu Muiz mengambil nota mengenai tadabbur 10 ayat Al Kahfi - “mengapa 10 ayat ini kita di suruh tadabbur faham hafal dan baca utk mengelakkan diri dari Dajjal”...

Dari Abu Darda’ r.a., Rasulullah SAW bersabda:"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah AlKahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal"
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda,
"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal." (Hadis Riwayat Ahmad)

Memang satu kupasan yg cukup baik dr Ustaz Abdul Mu’izz utk kita sedari kenapa nabi berpesan spt di atas. Dan utk pagi ini saya tidak berkemsempatan utk “share” nota yg panjang ini kerana kesuntukan masa untuk “editing”. Utk pagi kita sama2 hayati Muqaddimah dr Ustaz Abdul Mu’izz ogi semalam. 

Sebagai muqaddimahnya, ustaz abdul Mu’izz mengaitkan surah sebelum surah al kahfi yaiitu surah al Israk. 

“Permulaan kedua2 Surah ini - Al Israk dan AlKahfi  dimulakan dgn zikir spt yg di ajar nabi -  “Subhanallah” dan “Alhamdulillah”.
Surah israk juga di kenali di kalangan sahabat sbg “surah israel” kerana banyak sejarah, perangai, sikap, nasib bani israel di dlmnya.”

“Sheikh Mu’rawi: Surah kahfi berkembar dgn surah israk. Sebab ianya di mulakan dgn pujian2 pd Allah”

“Sebelum mentelaah alkahfi kita belajar dulu tentang siapa israel dlm israk. Dajjal muncul dlm peribadi spt israel. Dan tempat2 berlaku kejadian akhir zaman - Masjidil Haram tempat baiah Imam mahadi, Masjidl Aqsa - tmpt konflik sehingga kini. Dari Sg fura’ hingga Sg Nil, inilah Kawasan yang israel nak kuasai sangat”

“...di awal Surah Alkahfi- Allah puji atas diriNya dan perakui Muhamad saw sbg hamba Allah - tiadalah perakuan hebat ini. Allah puji dgn gelaran “hamba” pd nabi saw kerana Allah nak letakkan nabi pd sudut ubudiyyah utk kita tiru dan mampu di lakukan oleh manusia. Malangnya, kita selalu sibuk puji ttg nabi pd perkara yg kita tidak boleh tiru. Manhaj al Quran, kita kena tiru nabi pd sesuatu yg boleh kita tiru terutama pd sudut ubudiyyah. Tiada Alasan utk ini. Ada yang kata - itu nabi, kita bukan nabi. Tp ingatlah inilah hikmah Allah jadikan nabi dr kalangan manusia utk membolehkan kita tiru perangai nabi”

.... in syaa Allah, esok kita lihat kupasan UAM utk ayat pertama surah al Kahfi...

*Akhir kalam di pagi ceria ini..*
Sama2 kita pergiatkan usaha memastikan kita tidak di kuasai oleh dajjal sewaktu kemunculannya. Ketika masih boleh berupaya ini, kena lah usaha kerana ayat2 dari Surah ini mengajak kita utk benar2 berpegang pd Islam mulai dr sekarang utk mengelak di kuasai dajjal di masa depan.
Moga berjaya, jangan tinggal takdir kerana Allah melihat pd usaha.

...jumpa esok pula..

Wassalam
*ncs*
#TiadaPunPerkataanDajjalDi10AyatAwalSurahAlkahfi


*Part 2 : Disebalik 10 ayat Pertama SurahAlKahfi*

(Inspired By Ustaz Abdul Mu’izz’s After-Fajr Lecture on 21st Jan 2018)
-Intro pd Surah Kahfi.

Assalamu’alaikum- sharing is caring

Ketika timbul rasa dalam hati mereka yang mungkin Muhammad itu memang seorang Rasul, takut juga kalau Muhammad itu benar seorang Rasul dan kalau mereka tak ikut dan tolak baginda, mereka dah buat satu silap besar. Jadi bagaimanakah mereka nak pastikan benar atau tidak? Lalu mereka rujuk pendita Yahudi kerana Yahudi ada kitab Taurat dan Quraish walaupun ikut saki baki ajaran Nabi Ibrahim, tapi tiada kitab rujukan. 
Satu rombongan di hantar Madinah. Dan mereka bertanya pd Yahudi macam mana nak tahu samada Muhammad itu benar atau bohong? Pendita Yahudi suruh mereka tanya Nabi Saw tiga soalan. Kalau dia jawap dua dan tak jawap satu, maka dia adalah Nabi sebenarnya.

Soalan pertama adalah tentang pemuda yang tinggal di dalam gua, soalan kedua tentang roh dan soalan ketiga tentang Zulkarnain. Balik Mekah, mereka jumpa Nabi dan soalan2 itu. Nabi jawap baginda akan memberikan jawapanya esoknya, dan suruh mereka datang esok. Nabi tidak sertakan kalimah ‘Insya Allah’. Esoknya Quraish datang dan Nabi senyap tak dapat jawap sebab belum dpt wahyu dari Allah. Harii2 mereka datang jumpa mengejek Nabi sebab tak dapat beri jawapan. Mengikut riwayat, kejadian itu berlangsung 15 hari.

Nabi diuji tidak tidak diberikan jawapan kepada soalan2 itu kerana tidak sebut ‘in sha Allah’. Inilah tanda Nabi memang tak tahu ilmu ghaib,selagi tidak di wahyu Allah, baginda tidak tahu.

Ini berbeza dgn kita sekarang, sampai ada yang boleh kata tok guru tahu ilmu ghaib, tengok muka anak murid dah tahu apa  anak murid itu telah buat, apa yang dalam anak murid itu. Ini sebenarnya sudah termasuk ‘syirik dalam ilmu’. Nabi sendiri tak tahu ilmu ghaib, tapi bagaimana tok guru pula boleh tahu? Adakah tok guru itu lebih tinggi ilmunya dari Nabi?

Ayat 1:
‎الحَمدُ ِلِلهِ الَّذي أَنزَلَ عَلىٰ عَبدِهِ الكِتٰبَ وَلَم يَجعَل لَّهُ عِوَجًا
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan pd hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Qur’an, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok(terpesong).

‎الْحَمْدُ ِللهِ
Pujian itu milik Allah dan hanya patut diberi pd Allah. Bukan kepada Nabi, wali, malaikat atau jin. Bagaimana pun kita puji makhluk lain, kita sebenarnya memuji Allah. Kalau kita puji seseorang itu cantik, sebenarnya kita puji Allah juga kerana Allah lah yang telah menjadikan orang itu cantik. Allah puji diriNya sendiri dalam ayat ini dan Allah ajar kita bagaimana cara untuk memuji DiriNya.
Surah ini juga dimulai dengan kalimah Alhamdulillah.
 
‎الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتٰبَ
Yang menurunkan kepada hambaNya, kitab Qur’an;

Lihatlah, apabila Allah berkata segala pujian itu milikNya, Nabi Muhammad yg menerima wahyu ini tidak disebut nama dan pangkat, hanya disebut perkataan ‘hambaNya’ saja.
Allah memuji DiriNya sendiri kerana Dialah yg menurunkan Qur’an yang mulia kepada Nabi yang mulia untuk disampaikan kepada umat yg Mulia. Qur’an itu adalah nikmat yang maha besar yang Allah berikan kepada makhlukNya yg mengeluarkan manusia dari kegelapan kesesatan pd cahaya kebenaran.
Dalam ayat inil, tiga perkara pokok AlQur’an: Allah, Rasul dan Kitab.
Segala pujian adalah hanya utk Allah. kalau kita memuji apa sahaja, ianya akan kembali kepada Allah. Ini mengajar kitarendahkan diri kita kalau ada sesiapa yang memuji kita, kerana kalau ada apapun yang baik pada diri kita, ianya adalah dari Allah semata2.
Jangan kita ambil mudah dengan Qur’an ini. Ianya datang daripada Allah. Maka kenalah kita perhatikan dengan belajar tafsir Qur’an supaya kita dapat faham apakah yang Allah kehendaki dari kita.
 
‎وَلَمْ يَجْعَلْ لَّهُ عِوَجًا
Tidak mungkin sama sekali dalam Qur’an ada perselisihan. Ini berbeza dgn kitab agama lain yang mempunyai banyak sangat kesilapan dan kekeliruan di dalamnya.
Qur’an memberi cabaran kepada manusia untuk mencari kesilapan yang ada dalam Qur’an. Cabaran itu diberikan dari dulu lagi, tapi tidak ada yang dapat mencari kesilapannya kerana tidak ada. Itulah yang hendak disampaikan dalam ayat ini. Alquran membawa kepada jalan yang lurus, bukan jalan yang bengkok.

Akhir kalam, utk ayat pertama ini, Ustaz UAM merumuskan kalau nak lari dari jadi pengikut dajjal perkara pertama nak kena buat adalah ikut Sentiasa ikut Al Quran. Ertinya kena terus terusan istiqomah memuji Allah dan ikut apa yang disarankan oleh Al quran.

In syaa Allah, jumpa lagi utk ayat kedua esok. Semoga di permudahkan Allah.

Wassalam

Edited by 
*Ncs*
#JauhLagiPerjalanan

*Part 3: Disebalik 10 ayat Pertama SurahAlKahfi*

(Inspired By Ustaz Abdul Mu’izz’s After-Fajr Lecture on 21st Jan 2018)
-Ayat 2 -5.

Assalamu’alaikum.. 

Sambungan.. sharing is caring. 

Semoga ada cita2 akhirat utk kita kendong ketika di dunia. Kekalkan hidup bersama Al Quran, jadikan ianya sebagai dalil dlm setiap ilmu agama. 

Ayat 2

‎قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأسًا شَديدًا مِّن لَّدُنهُ وَيُبَشِّرَ المُؤمِنينَ الَّذينَ يَعمَلونَ الصّٰلِحٰتِ أَنَّ لَهُم أَجرًا حَسَنًا 
 
“(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya AlQur’an utk memberi amaran (kpd yang ingkar) dgn azab yg seberat2nya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira pd yg beriman yg mengerjakan amal2 soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yg baik”
 
•bahkan keadaan Alquran - sesuatu yg tegak dan teguh ; bawa manusia ke arah jalan yg lurus, tidak boleh diubah dan memberi peringatan pd manusia. Ini adalah bandingan dgn kitab2 lain sebelum Qur’an. Kitab2 itu diubah oleh pemuka2 agama sebelum Islam. Rujuk kisah bagaimana Injil/Bible di ubah oleh Paulus sehingga lahir agama kristian. Oleh kerana ianya telah diubah, maka penganut2nyq telah jatuh sesat. Tetapi tidak Al Qur’an, akan tetap berdiri tegak, dari dahulu sampailah ke akhir zaman.
•Ajaran al quran yg lurus berdikari memisahkan antara yg benar dan salah. Yg beriman adalah meraka yg soleh. Memisahkan benar dan salah, inzar dan absyi, ancaman dan berita gembira. 
Manusia suka pd orang baik. Nabi sendiri ketika nabi soleh semua suka tp bila nabi jadi “musleh”, bermulalah dia di benci. Islam suruh kita jadi musleh. Inilah tugas supaya tidak keliru. Hari ini dakwah banyak cerita ttg berita gembira sahaja tp tidak ada ancaman. Nabi pd mula2 jadi nabi pun - ya ayyuha mudathir di berikan ancaman. Dakwah hari ini perlukan elemen ancaman  bukan motivasi semata. Kufur adalah kufur sesat tetap sesat.  Berita tentang fitnah Dajjal ini diberikan kepada semua manusia, bukan pd orang Islam sahaja. Ianya telah disampaikan oleh para Nabi zaman berzaman.

Ayat 3:
‎مّٰكِثينَ فيهِ أَبَدًا 
“Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama2nya”.

Inilah cita2 akhirat. Panjangkan cita2 akhirat- kekal selama2nya. Semoga baik didunia dan akhirat. Jangan hanya wawasan dunia tp bawalah wawasan akhirat. Kalau hanya ada wawasan dunia, bila dajjal tiba kita akan jadi pengikutnya kerana syurga dajjal adalah neraka sebenarnya, neraka dajjal adalah syurga sebenarnya. 
 
Ayat 4:
‎وَيُنذِرَ الَّذينَ قالُوا اتَّخَذَ اللهُ وَلَدًا

“Dan juga Al-Qur’an itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.
 
Dalam surah Isra’ sebelum surah Kahf ini, perbincangan banyak berkenaan Bangsa Yahudi.  Kali ini memperkatakan tentang Orang Kristian pula.

Yahudi mendakwa uzair anak Allah, kristian sakes isa anak Allah. Dua2 ini adalah musuh islam sehingga akhir. Yahudi & nasrani ni hanya akan redha pd islam sehingga kita ikut doctrin mereka. Hadis lain - tentang muslim akan ikut perangai yahudi nasrani ni hatta yahudi masuk ke lubang biawak pun akan diikut. Kita islam akan sesat sedikit demi sedikit. Sistem, budaya, hiburan ilmu. Jadi, Ayat ini me gambarkan Syarat nak selamat dari dajjal, kita kena tahu musuh islam siapa.

Ayat 5:
‎مّا لَهُم بِهِ مِن عِلمٍ وَلا لِآبائِهِم ۚ كَبُرَت كَلِمَةً تَخرُجُ مِن أَفوٰهِهِم ۚ إِن يَقولونَ إِلّا كَذِبًا

“(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.”

•Tidak ada dalil langsung mengatakan Nabi Isa itu adalah anak Tuhan. Sebenarnya, bukan semua orang Kristian berpendapat Nabi Isa itu anak Tuhan. Itu kenyataan yg baru dibentangkan di persidangan mereka tahun 312. Di persidangan itu, ada dua puak  bertelagah. Yg satu, Nabi Isa jalan manusia Nabi dan yg satu lagi, mengatakan Nabi Isa adalah anak Tuhan. Maka, udian dijalankan, dan yang menang adalah puak “Jesus anak Tuhan.” Bayangkan, akidah diselesaikan dgn cara  undian! Bukannya pakai dalil. Ingatlah bahawa apa2 ilmu ugama, kena bawa dalil dan dalil itu mestilah dari Qur’an dan dari hadis. Barulah dikatakan dalil yg diterima. Tidak boleh kita nak terima hujah akal dlm hal agama.

Cukup dulu utk pagi ini, semoga masuk ke dlm aliran darah “kita” kisah2 ini utk menjadikan kita semakin kuat berusaha bukan sekadar menanti. 

Akhir kalam, pasanglah cita2 akhirat utk kita kendong ketika di dunia. Kekalkan hidup bersama Al Quran, jadikan ianya sebagai dalil dlm setiap ilmu2nya. 

Jumpa lagi.. ayat 6-10 dan kesimpulan.

Edited by
*NCS*
#JomHafalPdMasaYgSama



Part 4: Bahagian Akhir

*Disebalik 10 ayat Pertama SurahAlKahfi*
(Inspired By Ustaz Abdul Mu’izz’s After-Fajr Lecture on 21st Jan 2018)
-Ayat 6-10.

Assalamu’alaikum..salam barokah salam Jumaat. Sama2 manafaatkan kelebihan hari jumaat spt yg di sebut dlm alQuran dan Hadis2 Nabi Saw. Alhamdulillah..akhirnya, tiba di penghujung pengisian, sebanyak 4 bahagian utk kuliah selama 1 jam 08 minit ini. Semoga ada manafaat. 

SARANAN SAYA, KALAU TAK NAK BACA TAFSIR AYAT 6-10, tapi BACALAH KESIMPULAN DAN SAMPAIKAN. Semoga kita semua selamat.. ada rezeki bertegur sapa di akhirat nanti, kalau tak.. nafsi nafsi. 

Sambungan ...(Bahagian Akhir)
Ayat 6:
‎فَلَعَلَّكَ بٰخِعٌ نَّفسَكَ عَلىٰ ءآثٰرِهِم إِن لَّم يُؤمِنوا بِهٰذَا الحَديثِ أَسَفًا
“Maka jangan2 pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan2 perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kpd keterangan AlQur’an ini”

Ayat ini ditujukan pd sesiapa yg sampaikan tauhid Allah. Seawalnya, ayat ini ditujukan pd Nabi yg amat bersedih, kaumnya tidak mahu menerima ajakan tauhid darinya. Sehingga ganggu emosi yg sampai pd tahap teruk. Nabi Muhammad atas kesedihannya, teruk sampai membawa seolah2  mati. Nabi sedih sangat kerana Islam sentiasa kelihatan seolah salah. Janganlah kamu membinasakan diri kerana putus asa. 

Ayat 7: 
‎إِنّا جَعَلنا ما عَلَى الأَرضِ زينَةً لَّها لِنَبلُوَهُم أَيُّهُم أَحسَنُ عَمَلًا
 
“Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yg ada di muka bumi sbg perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah diantaranya lebih baik amalnya.”

Allah pujuk Nabi supaya jgn bersedih kerana dunia ini adalah ujian dan tetap ada yg tersangkut dgn ujian. Segala apa yg ada di atas bumi adalah ‘makhluk’ yg dijadikan Allah. Dunia ini dijadikan tempat ujian. Bukan tempat tinggal kekal. Manusia rosak jika mereka hanya melihat material sahaja. Mereka yg mementingkan materialism, akan memandang betapa cantiknya dunia ini dan melupakan hal2 akhirat. Inilah yang akan menjadikan dajjal sangat2 ditakuti kerana ia dtg membawa materialisma. Maka, jika kita “menganut” materialism kita akan menjadi makanan dajjal. 

Dunia asalnya tidak lawa tapi kita di pakai dgn “nafsu”. Ancaman materialism mencabar manusia : mana2 yg tidak menjanjikan kekakayaan adalah salah. Jauh kan diri dr phylosopy ini.

Allah bukan nak lihat siapa boleh buat amalan ‘terbanyak’, tapi yg ‘terbaik’. Buat sikit ibadat, tapi terbaik. Bersiap diri utk berdepan dajjal dgn amalan2 berkualiti. Jalan keluar adalah sentiasa dlm islam..

Ayat 8:
‎وَإِنّا لَجٰعِلونَ ما عَلَيها صَعيدًا جُرُزًا
 
“Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus”
 

Tidak syak lagi, Allah akan buat. Jangan ada perasaan dlm hati kita yg Kiamat tidak akan berlaku. Ianya PASTI akan terjadi. Bumi yg kelihatan cantik ini akan musnah menjadi padang jarak padang terkukur. Jangan kejar dunia sangat, nanti rugi dan akan mudah di kuasai dajjal senang2 dan rugi akhirat. 

Ayat 9:.
‎أَم حَسِبتَ أَنَّ أَصحٰبَ الكَهفِ وَالرَّقيمِ كانوا مِن ءآيٰتِنا عَجَبًا
Adakah engkau menyangka, bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

•Intipati kisah Pemuda Kahfi
Arrakim. - banyak tafsiran ada yang kata nama Anjing yg bersama pemuda2 didlam gua, ada kata nama gua, ada yang kata nota2 ilmu pemuda ini. Mereka ini tidak semoat belajar tapi terpaksa lari kan diri utk kekal bersama islam. Pemuda2 ini adalah pemuda2 yg masih muda masih mencari identiti - krisis identiti umur 15 -18. Cerita ini mengajar kita utk tidak senang terpengaruh. Dlm usia pemuda2 ini yang sedang cari identiti tapi mereka istiqamah hendakkan islam.

Jangan mudah terpengaruh, tetap dgn islam. Kisah Ini bukan setakat pasal masuk gua sahaja. Walaupun masyarakat didominasi oleh kesesatan budaya salah tapi tetap lah dgn islam, jangan terpengaruh. Inilah intipati dan kejayaan asha bul khafi. Inilah kejayaan pemuda2 ini walaupun mereka ini kelihatan spt “loser”, lari ke gua dgn hanya ada ilmu cukup2 makan, berdakwah pun tak sempat.

Kekuatan Inilah yg di perlukan utk berdepan dgn dajjal. Jangan mudah terpengaruh ! 

Ayat 10:
‎إِذ أَوَى الفِتيَةُ إِلَى الكَهفِ فَقالوا رَبَّنا ءآتِنا مِن لَّدُنكَ رَحمَةً وَهَيِّئ لَنا مِن أَمرِنا رَشَدًا 

“(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang2 muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan2 serta pimpinan pd kami utk keselamatan ugama kami”.

Ketika Allah ilhamkan pemuda2 asha bul kahfi utk lari masuk ke gua menyelamatkan diri dari kesesatan, meraka telah berdoa : 

“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan2 serta pimpinan kpd kami utk keselamatan ugama kami”

Inilah doa ketika islam minoriti di tindas, doa ketika berdepan islamphobia, ketika kesesatan kebatilan mendominasi dan dianggap benar.  kita hendaklah beramal dgn doa ini pd hari ini kerana situasi kita semakin spt pemuda2 alkahfi. 


*KESIMPULAN*

10 ayat awal ini adalah benteng dajjal. 
Persoalannya: Dalam 10 ayat ini ada perkataan dajjal tak ? Takde kan. Tapi kata nabi Inilah ayat pembenteng dari dajjal. Ini kerana methodologi al quran, menyelamatkan diri dari dajjal bukan semata2 kena kenal dajjal tapi kena tahu kaedah utk tidak terpengaruh dgn dajjal. Jangan pula kita asyik bercerita pasal dajjal tapi perangai kita pun macam dajjal. 

KAEDAHNYA adalah : istiqomah, jelas dlm membezakan yg benar dan salah, cita2 akhirat jgn keduniaan sangat, kena kenal musuh - yahudi kristian - jgn terpengaruh dgn mereka, kena tahu proxi fungsi ilmu propaganda perang saraf yg dilancar pd umat islam, tekanan psikologi yg dikenakan pd umat islam yg menyebabkan kita tension sehingga merasa inferior dgn anutan islam kita, jangan terpengaruh dgn “materialism” - anutan kebendaan - melahirkan golongan materialisik yg sanggup ikut walau salah semata2 nakkan pulangan kebendaan semata2 nak hidup walaupun salah batil tapi nak hidup punya pasal, Allah suruh kita pikir panjang - dunia yg kita kejar akan musnah, Allah cerita tentang asha bul kahfi - jgn terpengaruh - jadilah macam asha bul kahfi walaupun tak belajar tinggi jgn belajar tinggi tp mudah terpengaruh dan berdoalah dgn spt doa di ayat ke 10 kerana kita berdepan dgn islamphobia...

Sekadar itu saja, moga2 Allah me berikan kita ilmu yang berkat dan sama2 cari ruang dan masa utk beramal. 

Allahumma balaghna fashad ya Allah ...
ya Allah kami sudah sampaikan Ya Allah saksikanlah...

semoga manfaat maaf jika ada salah silap.

Wassalam
Edited By :
*Ncs*
#AlhamdulillahTamatTafsir10AyatPertamaAlkahfi
#EsokSedikitCeritaGog&MagogBersamaUstazShukriHarun

Saturday, January 13, 2018

Allah maafkan 5 golongan Manusia


Ibu segala DOA - Kamaruzaman Abdullah



Dalam Kuliah ini ust mengajar tentang Ibu Segala doa, rujuk minit 39:00 dalam video di atas