Pageviews past week

Saturday, January 11, 2014

Monday, July 8, 2013

Marhaban Bihululi Ramadhan 1434H

Assalamulaikum,
     Ramadhan menjelang lagi. Pihak surau seperti tahun tahun sebelumnya mengekalkan program untuk memenuhi ibadah Ramadhan untuk kariah surau Al Amin, program yang akan dia adakan termasuk

- Kuliah Sepuluh minit setiap hari bekerja
- Majlis berbuka puasa yang disediakan  secara gotong Royong sesama jemaah
- Tarawih & Tahlil
- Tazkirah Tadarus,
- Qiamulail.





Borang dan jadual boleh di muat turun di link di bawah


Pada tahun ini juga pihak surau berhasrat untuk menukar kipas kipas lama kepada yang berkapasiti tinggi dan menggantikan Air cond yang telah rosak untuk keselesaan jemaah . Tawaran seperti di bawah


Hj Aminudin Afip
Pengerusi Surau Al Amin

Monday, March 4, 2013

Notis Mesyuarat Agung Khas


Notis  Mesyuarat Agung Khas
pencalonan pegawai dan ahli jawatankuasa
Surau Al-Amin
Bandar Tun Hussein Onn


Sukacita dimaklumkan bahawa, surau Al-Amin akan melaksanakan
 mesyuarat agung khas pencalonan
pegawai dan ahli jawatankuasa surau
Bagi sesi 1 Jun 2013 hingga 31 Mei 2016 pada :


Tarikh         : 19 Mac 2013 (Selasa)
Masa          : 9.00 malam
Tempat      : dewan solat, Surau Al-Amin


Ahli-ahli kariah yang belum berdaftar hendaklah mengisi borang pendaftaran Ahli kariah melalui melalui

Setiausaha : Mohd Shukri Abd Rahman @ Syahir Sulaiman 

Sila download borang di sini, klik ikon di bawah




Saturday, January 19, 2013

Sambutan Maulidir Rasul SAA - Cinta kasih Rasulullah

Prog seminggu Maulidir Rasul di Surau Al Amin... jemput hadir


Sunday, December 30, 2012

Jadual Terkini Versi pdf

Sila klik gambar untuk buka

 

Thursday, August 9, 2012

Ahlan Wa Sahlan Lailatul Qadar

Marilah sama sama mengejar lailatul Qadr


Friday, July 20, 2012

BERSAMA KITA MENAMBAH SAHAM AKHIRAT


Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama 1 biji benih yang menumbuhkan 7  tangkai, pada setiap tangkai 100 biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas kurniaNya lagi Maha Mengetahui (Al-Baqarah: 261)

Alhamdulillah, sebagaimana yang telah dimaklumkan kepada ahli qariah sekalian pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-16 Tahun 2012 berkaitan kerja-kerja penambahbaikan di Surau Al Amin, kerja-kerja tersebut telah selesai dengan baik.

Pihak AJK kemudiannya menerima beberapa cadangan untuk penambahbaikan dan keselesaan jemaah di Surau Al-Amin, khususnya pada Solat Jumaat dan Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan yang bakal tiba.

Justeru, pihak AJK Surau Al-Amin ingin membuka peluang ini kepada ahli qariah untuk sama-sama menambah saham akhirat dengan menghulurkan sumbangan ikhlas untuk pemerolehan perkara berikut:

Perkara
Anggaran Kos (RM)
Sistem PA (luar, atas)
13,000
Penghawa dingin, air-curtain (muslimin, muslimat)
5,000
Karpet muslimat (anjung belakang)
3,000
Cat (ruang solat)
3,000
LCD projector (anjung muslimin, solat Jumaat)
8,000
LCD projector (anjung muslimat, belakang)
6,000

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pengerusi, Haji Aminudin Afip (019-664 4940) atau AJK En Mohammad Jamil bin Adnan (019-245 4517).

Semoga Allah s.w.t. membalas segala jasa baik pihak Tuan-Tuan dan Puan-Puan.
Terima kasih. Jazakumullah.