Pageviews past week

Wednesday, January 26, 2011




Laporan kedudukan kewangan Surau Al Amin.

Pihak Surau Al Amin ingin berkongsi dengan seluruh ahli jemaah berkenaan situasi kewangan yang dihadapi oleh pihak pentadbiran bagi menampung kos operasi setiap bulan. Secara umumnya, kewangan bulanan Surau Al Amin berada di tahap minima (hampir kepada defisit) untuk menampung kos operasi bulanan yang semakin meningkat.

Secara kasar, pendapatan bulanan adalah sekitar RM12,000 berbanding perbelanjaan bulanan sekitar RM13,000.

Pecahan pendapatan bulanan adalah sekitar:
Pendapatan sebulan (purata): RM10500 - RM 12000

1. Kutipan jumaat: RM4500 - RM5500
2. Kutipan semasa kuliah: RM400 - RM600
3. Sewaan: RM4640
4. Peti besi: RM 600 - RM800
5. Lain-lain: RM400 - RM600

Pecahan perbelanjaan bulanan adalah sekitar:
Perbelanjaan sebulan (purata): RM11500 - RM13000
1. Kuliah: RM6000 - RM6500
2. Petugas: RM3000
3. Operasi: RM1500 - RM2000
4. Penyelenggaraan: RM300 - RM500
5. Lain-lain: RM1000


Disamping kos operasi bulanan yang meningkat, pihak Surau juga perlu memperuntukkan sebahagian besar kewangan untuk kos baikpulih elektrikal  dan kos pembaikan PA  yang rosak kerana pahan petir berdekatan surau . Kami akan pamirkan   penyata bulanan dalam masa terdekat di papan hijau surau. 

 Justeru, pihak Surau Al Amin mengharapkan ahli jemaah sekalian memahami situasi kewangan yang sedang kita hadapi sekarang ini.

Monday, December 20, 2010

Kuliah Perdana - Ustaz Nuruddin Al Banjari


Pihak AJK Surau Al Amin menjemput Muslimin / Muslimat sekelian ke program kuliah Perdana oleh :


Penceramah : Ust
Tarikh : Isnin 20 Dec 2010
Masa : Selepas solat maghrib, sekitar 7.30 mlm
Tempat : Surau Al Amin, Jalan Suasana 3/3, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras

Datang beramai-ramai, jamuan di sediakan

Thursday, November 11, 2010

Xpedisi Konvoi Bantuan & Mahabbah Al Amin – “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”

Update Terkini.

Pihak surau di wakili Pengerusi , beberapa orang AJK & ahli jemaah dengan sumbangan ahli jemaah Surau sebanyak RM10,ooo dapat mengagihkan kepada :

RM 5000 kepada pondok Derang
Rm 2000 kepada pusat khidmat masyarakat Anak Bukit
RM 3000 kepada beberapa individu termasuk kepada Ust Ridwan Bakar yang rumahnya juga tenggelam
RM 800 telah di agihkan kepada 4 buah kereta untuk perbelanjaan minyak & tol ( beanja makan & sebahagian kos minyak di tanggung sendiri individu terbabit)

Pihak Surau mengucapkan terima kasih kepada penyumbang & AJK yang dapat sama membantu secara kewangan dan penyumbang tenaga program ini. Semoga Allah membalas jasa tuan tuan sekalian.





Update : Taklimat Program 9.30 mlm Khamis mlm Jumaat 11/11/2010




Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya." (Bukhari dan Muslim)

Konvoi Bantuan & Mahabbah Al Amin – “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”




Assalamualaikum,

Sebagai manifestasi iman & ukhuwwah, marilah kita bersama-sama membantu saudara kita yang berhadapan dengan situasi banjir di Kedah & Perlis.

Utk makluman, pihak SAA sedang dalam usaha mengutip dana sumbangan mangsa banjir, dengan sasaran kutipan minima RM10,000.

InsyaAllah pada hujung minggu ini (12, 13, & 14 Nov), pihak SAA akan menganjurkan Konvoi Bantuan Banjir di Kedah. Segala sumbangan yang dikutip akan dihulurkan terus kepada saudara kita di sana disamping turut serta meringankan beban kerja pembersihan tempat awam, khususnya masjid & sekolah.

Pihak SAA akan berhubung dengan Ustaz Ridzuan Bakar (Pondok Derang), tenaga pengajar bulanan kuliah Tafsir di SAA. Beliau akan mengetuai kerja pembersihan & agihan sumbangan.

Tentatif konvoi adalah seperti berikut:

Jumaat, 12/11/2010

9.00 mlm - Betolak dari Surau Al Amin

Sabtu 13/11/2010
4.00 pagi - Tiba di Kedah
5.45 pagi – Qiyamullail & solat Subuh di masjid
7.00 pg - Bertemu Ust Ridzuan Bakar untuk mendapat taklimat
9.00 - 5ptg - Gerak kerja pembersihan.

Ahad, 14/11/2010
9.00 pagi – Bertolak pulang ke SAA


Pihak SAA amat mengalu-alukan sumbangan wang ringgit dan tenaga Tuan/Puan.

Jika Tuan/Puan berminat untuk sertai konvoi ini, pihak SAA akan menampung sebahagian kos perjalanan sebanyak RM200 (anggaran kos minyak + tol = 300), untuk 10 kereta sahaja, "first come, first served". Sila hubungi En Mohd Ali/En Aminudin untuk mendaftarkan nama Tuan/Puan untuk program ini. Sila bawa bersama sebarang keperluan cucian yang dirasakan perlu.


Wassalam

Aminudin

Monday, October 25, 2010

JEMPUTAN PENYERTAAN QURBAN 1431H/2010M

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini". (Riwayat Ibnu Majah)

JEMPUTAN PENYERTAAN QURBAN 1431H/2010M
SURAU AL AMIN , BANDAR TUN HUSSEIN ONN

1 bahagian: RM365
1 ekor: RM2,555
Tarikh tutup: 10 November 2010

Penganjuran: Ibadah qurban akan dijalankan pada hari raya pertama. Pihak Surau Al Amin memperuntukkan [9] ekor lembu pada tahun ini untuk diqurbankan - [3] ekor lembu akan diqurbankan di Surau Al Amin, [6] ekor lembu akan diserahkan untuk ibadah qurban di bawah kelolaan ustaz / guru agama di luar Kuala Lumpur.

Sila dapatkan borang & maklumat lanjut di papan kenyataan Surau Al Amin atau berhubung terus dengan AJK Surau Al Amin. Terima kasih.

Wednesday, October 13, 2010

Status Iktikaf di Surau Al Amin

3 Zulqaedah 1431 / 11 Oktober 2010

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Ahli Qariah,
Surau Al Amin, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Tuan / Puan,

PENGESAHAN STATUS HUKUM I’TIKAF DAN SOLAT TAHIYYATUL MASJID

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Surau Al Amin telah menerima surat jawapan daripada Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor berkenaan perkara di atas.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa status hukum I’tikaf & Solat Tahiyyatul Masjid di Surau Al Amin, Bandar Tun Hussein Onn adalah HARUS, bersandarkan kepada nas-nas yang telah disepakati para ulama’.

Surat jawapan daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor boleh dirujuk di papan kenyataan Surau Al Amin.

Semoga penjelasan ini menambahkan kefahaman dan meningkatkan kualiti ibadah kita dalam usaha mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.


Jawatankuasa Pengurusan,
Surau Al-Amin, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.